The Secret Life of Bees by Sue Monk Kidd

13:04
You know, some things don’t matter that much like the colour of the house. How big is that in the overall scheme of life? But lifting a person’s heart, that matters. The whole problem with people is they know what matters but they don’t choose it. The hardest thing on earth is choosing what matters”.

Sometimes you just have to close your eyes and breathe out and let the puzzle of the human heart be what it is”.

Lily, anak gadis omputih yang berusia 14 tahun cuba untuk mencari kebahagiaan bersama 3 orang penternak lebah berkulit hitam ketika ketegangan kaum antara omputih dan orang kulit hitam memuncak akibat orang kulit hitam diberikan hak untuk mengundi.

Buku ni nampak macam sempoi tapi ada banyak sangat cerita dalam ni:

1. hubungan manusia yang kompleks - hubungan ibu dan anak, ayah dan anak, adik-beradik, kekasih, etc;

2. pengorbanan untuk orang tersayang;

3. anggapan kita terhadap seseorang kadang kala tidak sama dengan realiti sebenar;

4. kadang kala orang yang paling rapat dengan kita seperti keluarga kita yang akan menyebabkan kita patah hati;

5. kadang kala kita akan jumpa keluarga kita pada orang yang tidak ada pertalian darah langsung dengan kita;

6. setiap orang bertanggungjawab di atas setiap keputusan yang dibuat;

7. kita tak dapat nak tolong orang yang memang tak nak ditolong;

8. kisah depression;

9. struggle dan survival apabila menjadi anak terbuang;

10. true love will find you in the end; dan

11. “Nothing is fair in this world. You might as well get that straight right now”.

Cukup la kot sebelas points ye.

Bahagian yang paling menarik dalam buku setebal 374 muka surat adalah kisah tentang cara penternakan lebah, penghasilan madu dan apa-apa fakta tentang lebah. Serious menarik untuk den yang tak baca atau tengok apa-apa dokumentari pasal lebah madu.

I loved him enough but I just loved my freedom more” di muka surat 182 mengingatkan den kepada Samantha Jones bila dia cakap pada Smith Jerrod “I love you but I love me more”.

Banyak pengajaran yang boleh diambil daripada buku ni tapi yang paling utamanya adalah di dalam hidup memang akan ada yang best, yang ngeri, yang positif, yang negative, etc tapi yang paling penting kita tak boleh putus asa langsung, sentiasa berfikir positif and look at life as glass half full dan hidup mesti diteruskan walaupun terpaksa merangkak, mengesot, etc.

No comments:

Powered by Blogger.