Ifmal Trade Puchong

Ini blogpost yang akan penuh gila dengan gambar k hehehehehe.

Dah lama den berangan nak pergi ke Ifmal Trade sejak-sejak ternampak iklan dia di Instagram. 

So lepas habis event Bloomingwithilly 3.0 di Hilton Garden Inn Puchong, den hasut buong untuk ke sini nak tengok apa barang-barang yang best di sini.

Di Ifmal Trade Puchong ni boleh den katakana 60% dipenuhi dengan barangan Corelle, Noritake, Corningware, Pyrex, Visions, Royal Doulton dan Royal Albert tea set serta set pinggan mangkuk spesies yang lain juga.
Set sudu dan kawan-kawan ni RM750 ke RM850 den pun terlupa tapi yang pasti masa staff kobakan harganya tuh den terbeliak la kejap
Disebabkan den bukan peminat pinggan mangkuk (belum sampai seru untuk terminat agaknya), maka den pun takde la menggila tengok pinggan mangkuk kat sini. Sama la masa pergi Langkawi pun, takde rasa nak tengok pinggan mangkuk pun.

Den jenis sempoi, ada 2 set Corelle, 1 set Visions dan Corningware pun okay je sebab den tak guna sangat pun. Den ada Visions dan Corningware pun sebab makcik den bagi masa dia nak beli the latest pattern. 

Den lagi suka guna pinggan free masa beli ubat gigi ke sabun ke hehehehhehe.
Dalam segala Corelle bagai yang dok ada, yang nih yang den paling berkenan hehehehhee
Noritake lagi la mampuih den tak pernah amik kisah pun lagi-lagi bila orang kobakan harga dia yang boleh buat dapat 2,3 gram gold bar, makanya tidak la pernah den peduli.

So den tak tau la harga Corelle, Noritake, Corningware, Pyrex, Visions, Royal Doulton dan Royal Albert tea set kat sini agak murah ke apa ye cumanya den suka je la jalan-jalan cuci mata tengok pattern pinggan mangkuk yang ada sambil dok ingatkan kiddos 1 juta kali jangan bergelinjangan kat situ. Kalau depa terlanggar apa-apa kat sini lalu memecahkannya, mati beragan la mama depa nak kena gadai apa yang ada nak bayar ganti rugi.

Tapi ikut review di FB dan IG katanya memang berbaloi membeli belah di sini.

Antara barang lain yang den temui semasa sesi merayau kat sini:

1. ada macam-macam saiz Nutella korang boleh beli. Disebabkan den sekeluarga tak makan sangat Nutella, so takde la membelinya;
2. banyak juga kitchenware yang pelbagai spesies termasuklah Tefal, Philips, etc. Ada deep fryer, etc. Kitaorang beli straw besi demi nak bersama-sama memelihara penyu dan ikan jerung supaya tak termakan straw plastik;
3. makanan - biskut, jajan, olive oil, madu, serbuk kopi/nescafe, susu, etc. Kitaorang beli jajan tapi bapak mahal seko jatuh RM10 tapi dah katanya nak rasa jajan dari luar negara kan, menggigil tangan la membayarnya;

4. barang keperluan rumah macam tangga, iron, etc;
5. set lunch boxes yang dijual memang comel-comel sangat. Harga dari RM50 hingga RM100. Den beli seketul dinosaur lunch box sebab ada diskaun. Bukan untuk si pengobses dinosaur iaitu F tapi untuk den sendiri muhahahahha;
6. barang kanak-kanak macam car seat pun ada; dan
7. perfumes terpilih di kaunter tapi den tak tertengok pula.

Tuh semua yang den jumpai di Ifmal Trade Puchong k. Kat Ifmal Trade Taman Melawati tidak la den tau kot ada barang yang berbeza.

Kalau korang jauh nak pergi ke mana-mana gudangnya, jangan bersedih durja k sebab korang boleh je beli melalui online.

So kalau korang berhajat nak ke Ifmal Trade ni, maklumat di bawah diharapkan dapat membantu ye.






Ifmal Trade Puchong

13, Jln MJ 16, Taman Industri Meranti Permai, 47120 Puchong, Selangor
03-80691108

Waktu Operasi: 10 pagi - 6 malam (Isnin - Jumaat) dan 10 pagi - 7 malam (Sabtu - Ahad)

Ifmal Trade Taman Melawati

9138, Jalan Bandar 4, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

03-41619133

Waktu Operasi: 10 pagi - 9 malam (Isnin - Ahad)

Selamat bershopping ye semua. Kalau poket rabak jangan salahkan den ye.

No comments:

Powered by Blogger.