Decathlon Shah Alam

Walaupun Decathlon di Shah Alam ni dah wujud boleh tahan lamanya tapi tak pernah tergerak nak jejak kaki kat sini pun walaupun lokasinya sepelaung je dari ofis dan rumah.
Sebelum trip ke Koh Lipe pada awal March lepas, den dan member den berkunjung la ke sini sebab kitaorang nak cari beg yang water proof.

Sungguh tidak kusangka, tidak kuduga yang Decathlon nih mempunyai saka atau hantu raya yang lebih kurang sama dengan Mr DIY yang mana akan menyebabkan kita terbeli barang yang tak masuk di dalam senarai sebab semuanya comel-comel belaka. Haishhhh.

Saka versi sukan, aktiviti lasak dan outdoor ni boleh menyebabkan kita tiba-tiba terasa nak camping membuak-buak walaupun selama ni tak pernah camping sebab ternampak khemah yang pelbagai warna, sleeping bag, etc yang berwarna warni.

Walaupun den bukan sport person tapi tersambar juga la seketul dua barang yang tidak dirancang untuk dibeli pun.

Kepada semua peminat tegar sukan dan acara lasak serta seumpama dengannya, this is your heaven okay.

Macam-macam ada kat sini. Serious rambang mata tengok pelbagai jenis segala macam benda yang dijual kat sini. Den tak lalu nak senaraikan semua barang yang ada kat sini. Even gambar pun den ambil sekupang dua je. Tapi memang totally worth it to visit here.
Harga in sya Allah ada yang mampu milik. Dah la dua tingkat kedainya ni. Memang sakan berjalan cuci mata.

Yang bestnya kat Decathlon ni juga ada menyediakan ruang untuk budak-budak bermain macam kawasan untuk wall/rock climbing, skuter, pingpong, etc. In sya Allah next time nak bawa kiddos berjimbaan kat sini.
Rupa-rupanya ada aktiviti fitness macam yoga, combat, zumba, etc bagai kat sini yang dibuat mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Café sempoi pun ada juga disediakan di tingkat bawah.
Kalau tersinggah ke Shah Alam, wajib jenguk kat sini k.

PS Boleh dalam semua barang yang dijual kat sini, den berkenan kat paper bag Decathlon yang dijual dengan harga RM3 satu.
Ini pula yang berkenan di hati hehehhehehe

6 comments:

  1. Sy singgah ms mula2 buka ritu.. tapi tak perasan pulak ada sudut permainan budak2 plus class fitness bagai tu.. mungkin sebab nak cepat time tu kot... tapi memang best beli barang kat situ.. seb baik time sy pergi tu belum gaji, so memang cuti mata ajelah, xsempat nak cucu poket.. hahahhaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sya Allah moh kita sama-sama berdoa agar ada rezeki extra gaji bulan 4 nih hehehehehehe. Masa tuh boleh shopping sakan di sini.

      Delete
  2. Memang saka..hahaha. Selalu husband yang ajak tp bila time nk bayar, dia xde membeli pun coz adakala tak berkenan. Tup2 I yang penuh satu beg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn berhantu macam Mr DIY sebab banyak barang. Tak sangka sport stuff pun comel-comel

      Delete
  3. a ah lew. macam banyak benda menarik2. kalo spesis CT mungkin suka tengok bab2 basikal2 tu.. swimming attire sukala =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila jangan bawa duit terlebih kat sini sebab kalau tak nanti termenyesal dan confuse kenapa boleh terbeli barang yang takde dalam senarai hheheheheheh

      Delete

Powered by Blogger.