Vista Brasserie By Chef Zubir

Hari Jumaat lepas member ofis belanja. Kitaorang berempat makan di Vista Brasserie By Chef Zubir di Seksyen 14, Shah Alam. Kalau dari ofis den tak sampai 10 minit pun driving ke sini.

Persekitaran restoran ni mengundang rasa nak melepak lama-lama kat sini sebab warm and cozy. Minimal decoration yang sesuai dengan konsep santai. Susunan meja pun just nice, takde la bersempit-sempit sampai nak lalu pun tak boleh. Kalau bawa budak-budak dan depa nak bergelinjangan kita boleh pilih tempat duduk di luar restoran.
Disebabkan jarang naw den ni makan kat restoran hipster, makanya terkebil-kebil la tak tau nak pilih menu yang nak dimakan tapi korang jangan risau k, ada certain menu yang memang diletak tanda chef recommendation gitu. So kalau first time datang boleh je la pilih menu yang dah bertanda tuh k.

So menu yang kitaorang berempat pilih adalah:

Baby lamb spare ribs (chef recommendation) RM 59.90. Nih memang sedap.
Lamb shank Kashmiri RM 42.90. Walaupun tiada tanda chef recommendation tapi tetap sedap k. Lamb shank dia tuh lembut sangat, macam cair di dalam mulut gitu.
Tuna Cappelini RM 27.90. Ini pun sedap juga. So kalau korang bawa member yang ada masalah gout dan tak boleh makan seafood serta daging, dia boleh pilih menu ni sebab sedap je la untuk tekak den hehehehehehe.
Caesar Salad RM 15.90. Nih pun sedap juga.
Eh semuanya sedap sungguh ke? Setakat 4 menu di atas pun memang sedap je la untuk tekak den. Sebelum kawan den belanja makan kat sini, den tak tau pun kewujudan Vista Brasserie By Chef Zubir di sini. Nampak tau tak biasa makan yang ado-ado ni kan heheheheehe. Den memang biasa lepak mamak je.

Sebenarnya den nak makan The Ultimate Skewered Combo Sizzling RM 53.90 yang juga merupakan menu chef recommendation tapi habis plak masa tuh huhuhuhuhu. So macam kena repeat la makan kat sini kan sebab tak dapat rasa menu ni lagi hehheheheehe.

Rasa makanan memang okay sangat kat tekak den. Harga makanan reasonable la gamaknya untuk restoran hipster sebegini ye.

Den share kan menu yang sempat den snapkan gambarnya in case korang ada merancang nak makan kat sini ye.
Korang juga boleh celebrate birthday, anniversary, farewell, bridal, etc kat sini tau.

Kalau korang nak tanya apa-apa, contact nombor kat bawah k:

Waktu Operasi: 11.00 pagi - 11 malam (Setiap hari)


 

Telefon: 012-6995417

4 comments:

  1. Halah halah halah.... tealn-telan liur saya tengok Lamb Shank Kashmiri tu...daripada gambar je pun dah tau sedap nau nau ni... hhehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh pergi makan sini lepas 25 April:))))))))

      Delete
  2. wow.. Chef Zubir pun ade restoran gak. tapi kat Shah Alam hehe jarang pegi jalan2 sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tersinggah Shah Alam boleh cuba food kat sini. In sya Allah berbaloi

      Delete

Powered by Blogger.