Tegenungan Waterfall, Bali
Tegenungan Waterfall nih adalah tempat yang
bak kata member den too touristy. Memang penuh dengan pelancong.
Tiket masuk ke sini adalah Rp 15,000 seorang.
Dari kaunter tiket kita akan menempuh deretan
semua kedai makan, kedai cenderahati dan toilet dalam kira-kira 300 meter
sebelum sampai ke tapak mula nak menurun tangga untuk menyampaikan ke air
terjun tuh.
Di kawasan air terjun nih ada juga pura @
temple.
Walaupun di papan tanda yang disediakan macam
boleh berenang dalam sungai dan mandi di air terjun nih tetapi masa kitaorang
pergi tak nampak sorang pun manusia yang mandi kat sini. Even takde orang celup
kaki pun. Tak pasti kenapa. Adakah orang memang tak berminat nak mandi @ arahan
terkini yang tidak benarkan sesiapa mandi, etc.
Walaupun tangga untuk turun ke kawasan air
terjun adalah cantik dan elok tetapi tetap la juga mengah ye sebab agak jauh
perjalanannya.
Di pertengahan jalan tuh, ada air terjun yang
lebih kecil yang ada laluan juga untuk kita bergambar di situ.
Rasanya dalam 15 minit turun tangga baru
sampai ke tepi sungai. Dari tepi sungai nih kena menapak di atas batu batuan
untuk sampai ke air terjun yang besar tuh. Den rasa macam 10 minit juga kena
menapak atas semua batuan tuh.
![]() |
Den hanya mampu bergambar di sini je la |
Disebabkan member den kata tak boleh mandi
kat air terjun tuh, makanya tak kuasa la den nak menapak atas batuan yang
nampak licin tuh just for the sake untuk mengambil gambar air terjun.
Makanya kitaorang hanya mengambil gambar air
terjun dari kejauhan dan melepak sebentar di tepi sungai melepaskan lelah lepas
jenuh menapak turun tangga. Kat tepi sungai nih pun tiada siapa yang
celup-celup kaki.
Ada terdapat pelbagai batu-batuan sungai yang
disusun bertingkat-tingkat di sepanjang atas sungai tuh. Tak pasti memang
hiasan yang dibuat oleh pelancong yang datang atau ada melibatkan ritual mistik
ke ape.
![]() |
Posing sambil mencangkung pun jadi la |
Lepas melepak dalam 30 minit, kitaorang
menapak naik tangga yang berenyut-renyut anak tangganya tuh untuk bergerak ke
destinasi seterusnya.
Kalau tadi turun tangga pun dah penat,
makanya naik tangga lagi la terpleot sampai den kena berhenti kat 3 stops
sebelum sampai ke kawasan jualan makanan dan cenderahati tuh.
Kalau tak dramatik bukan den la namanya |
![]() |
Antara tempat rehat yang disediakan di sini |
Tempat nih tidak sesuai untuk warga emas,
OKU, orang sakit lutut dan family with small children.
![]() |
Masa on the way ke Bali Zoo, terkesima tengok pokok pandan yang besar-besar nih |
3 Comments
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteKak, saya sering ke Bali, sebelum pandemi malah tiap tahun. Tapi sekalipun tak pernah ke air terjun ini 😂😂. Memang biasanya saya ke Bali itu hanya untuk menyepi. Jadi lebih suka ke area Bali yg atas, macam daerah Buahan, Kintamani. Trus seringnya hanya naik motor dengan suami, cafe hopping hahahahah.
ReplyDeleteKalo tempat wisata, jarang lah 😅😅.
Lihat tangganya, jadi ingat air terjun sipiso-piso di Berastagi. Tangga ke bawah aduhai sangat. Mana saat itu ajak si sulung yg masih bayi 🤣🤣. Memang olahraga dibuat
Air terjun memang biasa jadi tempat olahraga lagi-lagi untuk saya yang jarang bersenam ini. Saya mahu ke Kintamani lagi satu hari nanti. Dulunya saya sempat singgah sebentar. Jika ada rezeki saya mahu bermalam di sana
ReplyDelete