Walaupun tak sempat pun nak melawat di sekitar homestay nih sebab dah sampai pun dah malam dan pagi-pagi buta keesokannya dah check out, masih la juga nak cerita pasal homestay nih.
Lobi
Homestay nih agak dekat dengan kawasan jeti di Sanur untuk ke Nusa Penida atau Lembongan atau Lombok atau mana-mana pulau lagi yang kita boleh pergi yang den pun tak pasti nama tempatnya.

Dalam 15 minit berjalan kaki dari homestay nih untuk sampai ke kawasan jeti Sanur tuh.

Member den kata ada je hotel atau homestay yang terletak di kawasan jeti Sanur tuh tapi harga lebih mahal dari DJoemah Nadja Homestay nih. Dah jelas dah perangai member den yang super kedekut nih, makanya den okay je la dia nak booking duduk mana pun, ikut dia la. Dah kira okay sangat la nih. At one point, dia cadangkan untuk tidur di airport je. Bongok betul tau dia tuh.

Bilik dengan katil Queen yang ada kemudahan minima seperti hotel bajet yang pernah den duduk adalah Rp 325,000 @ RM 96 untuk satu malam.

Bilik selesa sangat untuk tidur bagi beberapa jam tuh. Bilik air pun bersih. Tak sempat tengok televisyen pun sebab tertidur pengsan sebab kepenatan.
Esok paginya lepas subuh (dalam 5 pagi), kitaorang sempat makan roti untuk breakfast. Sebenarnya memang ada disediakan sekali breakfast cumanya disebabkan kitaorang nak check out awal sangat dari homestay tuh, makanya breakfast yang sempat disediakan ada roti, jam, mentega dan kopi.
Den sempat ambil gambar sikit sangat kat kawasan persekitaran homestay nih sebab masih terpisat-pisat sebab bangun awal sangat. Disebabkan gambar-gambar di DJoemah Nadja Homestay nih diambil pada malam hari dan awal pagi, makanya semua gambarnya kelam-kelam camtuh.

Selayang pandang homestay nih macam kecil dan comel je tapi tak pasti la kalau ilusi optic kan sebab dok mamai.
Kalau duduk di homestay nih, boleh berjalan kaki je untuk dinner di KFC yang terletak di seberang jalan atau Dunkin Donuts dan pelbagai kedai makanan lain termasuk the super famous Warung Mak Beng di kawasan jeti Sanur tuh. Keluar je dari homestay nih dah ada kedai serbaneka kalau nak beli air mineral dan jajans.

Homestay yang boleh dipertimbangkan kalau kita hanya nak tidur satu malam sebelum naik bot pagi-pagi di kawasan jeti Sanur tuh.

0 Comments