Sebenarnya dari Pantai Suwehan tuh, tak jauh dah Bukit Teletubbies nih, dalam 4.8 km, 20 minit perjalanan kita dah sampai tapi disebabkan ada perasaan terkilan sebab tak turun ke Pantai Suwehan tuh, rasa macam lama pula nak sampai ke sini.

Bukit Teletubbies nih menyajikan pemandangan bukit bukau menghijau di bawah naungan awan memutih di langit.

Sesiapa yang minat fotografi memang sesuai la mengambil gambar di sini.

Bagi den yang tak beberapa nak tau fotografi (main belasah je ambil gambar) + badan dah penat terutamanya bontot dah sakit gila sebab naik skuter berjam-jam + tak makan apa pun selain breakfast pukul 5 pagi tadi + dah tak lalu nak sakit jantung melalukan jalan tidak sempurna dan berliku, etc, makanya den ambil gambar sekupang dua je di sini.
Kejam kan member den tak kasi den buka helmet pun bila nak bergambar sebab dia nak cepat
Jalan raya nak menyampai ke sini
Sapeda motor yang berjasa selama 2 hari den di Nusa Penida

1 Comments