Bali Day 8. Last Day
Day 8 - Pantai
Kuta - jalan-jalan dengan motor merentas jambatan (2 kali) - Gusto Gelato -
Pantai Kuta - Ngurah Rai International Airport - balik ke alam reality.
Last day sebelum kitaorang gerak ke Ngurah
Rai International Airport untuk naik flight malam balik ke Malaysia dihabiskan
dengan sesi santai je sebab member den kata tak nak dah melawat ke mana-mana.
Makanya hari terakhir dimulakan dengan makan
breakfast dengan jayanya kat café hotel.
Kitaorang check out dulu dan letak bag di
bilik simpanan hotel sebelum naik motor ronda-ronda ke kawasan sekitar yang
terdekat dengan hotel.
Kitaorang naik motor berjalan-jalan merentas
jambatan yang ada kat Bali nih yang mana motor pun kena bayar tol sebanyak dua
kali. Walaupun member den membebel-bebel kata takde kerja naik motor lalu
jambatan tanpa motif tapi den happy je dapat berjalan-jalan camnih. Motor
dibawa dengan kelajuan sederhana, merentas jambatan tengok laut, pokok bakau,
struktur binaan, etc sambil rasa angin best kena kat muka. Den suka je.
Seterusnya kitaorang makan aiskrim yang
famous di Bali nih iaitu Gusto Gelato Icecream.
Tempat nih telah diubahsuai menjadi lebih
besar sebab pelanggan yang ramai gamaknya. Siap ada tambahan menu macam
cookies, brownies, coklat dan baklawa (tak sure la masa kitaorang datang
Februari lepas semua menu nih dah ada cuma den yang tak perasan).
Masa kitaorang datang Februari lepas, kitaorang
makan aiskrim kat ruang luar. Kali nih walaupun mula-mula kitaorang lepak kat
ruang luar, kitaorang end up melepak dan makan aiskrim di bahagian dalam
bangunan.
Kalau masa Februari lepas, den terblur lalu
terpilih aiskrim perasa bijan, kali nih den dah tak buat kesilapan yang sama.
Den pilih perasa yang memang sedap tapi den dah terlupa apa namanya. Kali nih
juga kitaorang ambil aiskrim dengan kon, tak makan dalam mangkuk dah. Rasanya
kalau terdatang Bali lagi, memang akan singgah kot kat sini sebab aiskrimnya
memang sedap.
Dari Gusto Gelato, kitaorang melepak kat
Pantai Kuta. Sempat la diurut sekejap dan minum teh botol sambil tengok pemandangan.
Ada juga rezeki tengok anak-anak penyu di dalam besen bagi program pelepasan
anak penyu ke laut. Ingatkan nak joint program pelepasan anak penyu tuh tapi
member den malas nak layan hhehehhehehe.
Rasanya dalam 1 jam lebih juga melepak kat Pantai
Kuta nih. Lepas beli fridge magnets untuk konco-konco di ofis, kitaorang
bergerak balik ke hotel.
Kitaorang naik grab dari hotel ke airport.
Very late lunch di airport sebelum naik kapal terbang kembali ke Malaysia.




























2 Comments
Saya lupa pernah makan gelato di Bali. Lupa Kat mana. Saya nih kan suka mencoba yg rasa baru dan unik kak. Jadi waktu itu pesan lah gelato rasa lemongrass dan kunyit. Saat dicoba, sukses tak termakan 🤣🤣🤣🤣🤣.
ReplyDeleteMemang aneh sangaaat. Tapi at least rasa penasaran saya hilang, dah tahu rasanya hahahahah.
Eh saya baru tahu motor bisa lewat di tol Bali. Sebab di sini tol itu hanya untuk mobil, truk dan bus. Motor tak boleh masuk .
Aduh rasa lemongrass dan kunyit pastinya rasa seperti jamu ya Fanny😅Mungkin pada masa 2018 sapeda motor bisa lalu di tol yar. Mungkin sekarang tidak bisa lagi yar
ReplyDelete