Pantai dengan pemandangan yang cantik dan ombak yang besar yang den rasa sure best kalau dapat mandi melawan ombak tuh.

Setakat yang kitaorang pergi pantai nih masih terbuka kepada orang awam walaupun jalan masuk dia macam melalui kawasan persendirian. Tak pasti la kalau esok-esok kawasan ni akan jadi macam Secret Beach yang mana kalau nak masuk kena bayar.

Ada satu hotel yang betul-betul depan Dream Beach nih tapi den tak sure nama apa hotel tuh. Kalau menginap kat sini wajib la mandi laut di Dream Beach nih. Kalau tak macam rugi je.

Den ambil gambar tak sampai 10 keping pun kat sini sebab dok sakan melepak menghayati suasana pantai sambil mencuci mata menengok aweks berbikini bersepah-sepah.

0 Comments