Hotel bajet yang sangat bajet hehehehhee.

Lepas menghabiskan duit di Fantasy of Light, Marina Island, Lumut makanya perlu la cari tempat yang paling bajet untuk kitaorang just bunk in.

Kitaorang main terjah je walk in kat hotel nih. Dapat bilik dengan katil queen dengan harga RM 60/malam. 
Di kaunter ada disediakan makanan dan minuman ringan in case kita kelaparan di tengah malam.
Ada kedai runcit, kedai makan dan kedai gunting rambut sederet dengan hotel nih. Parking kereta di kawasan tempat kereta yang ada di deretan rumah kedai yang menempatkan hotel nih.

Alhamdulillah bilik bersih. Nih yang paling penting untuk kitaorang.

Ada katil queen yang empuk, televisyen dan aircond yang berfungsi. Nih dah cukup buat kitaorang sekeluarga happy.
Bilik air pun bersih dengan water heater yang berfungsi. Terlupa plak nak ambil gambar bilik air.

Ada disediakan water dispenser di ruang utama di setiap tingkat.
Hotel ini kurang sesuai untuk ibu mengandung, warga emas dan OKU kerana tiada lif. Anak tangganya agak boleh tahan tinggi untuk kita panjat naik ke tingkat 1 dan 2.
Walaupun hotel nih biasa je tapi malam yang kitaorang check in tuh, ada 4 bilik je lagi yang available. Masa den pergi ke kaunter untuk tukar remote televisyen sebab tidak berfungsi, ada family of six tengah nak check in.

The reality is kebanyakan orang memang nak bawa family berjalan tetapi kadang-kadang kita nak berjimat bila menginap kat hotel sebab kadang-kadang we just need the place to bunk in. So den termasuk dalam golongan peminat tegar hotel bajet yang bersih, selesa dan mampu milik.

3 bintang untuk hotel ni.

0 Comments