Seperti biasa kalau kitaorang sekeluarga berjalan-jalan, hotel bajet menjadi pilihan kitaorang sebab ianya tempat untuk berehat dan tidur sahaja. 80% masa memang akan spend kat luar, merayau di sana sini. So rasa sayang plak duit kalau spend mahal kat hotel. 

Den dan buong sependapat kalau kitaorang duduk hotel mahal, kitaorang akan melepak kat bilik tuh dari selepas check in sampai la esoknya check out. Baru berbaloi-baloi camtuh. Nih pendekatan rakyat marhaein yang perlu berjimat di sana sini untuk berjalan. Kalau orang kaya kayak mungkin lain la pendekatannya kan.

Budak-budak nih plak as long as keluar dari rumah diaorang dah memang sangat gembira. So diaorang memang tak kisah tidur kat mana pun.

Hotel Elmark nih terletak di pusat bandar Kuantan. Senang nak bergerak ke hulu ke hilir di Kuantan dari sini. Nak shopping senang. Nak makan pun mudah sebab ada banyak sangat restoran kat sini.

Den booking through Agoda dengan harga RM 86 untuk 1 malam untuk bilik dengan katil Queen dengan semua kemudahan yang biasa ada di hotel bajet iaitu televisyen, 2 botol air mineral, 2 tuala, toiletries siap dengan ubat gigi dan berus gigi, penyangkut baju, etc. Dah tentu ada free wifi.

Bilik hotel yang comel je. Sesuai la untuk kitaorang berempat nih.
Inspection bilik oleh Inspector Gadget sorang nih

Bilik air pun sedang elok. Selesa je nak mandi sebab tekanan air kuat dan ada air panas.
Si A tuh memang dah jadi SOP dia bila pergi hotel. Tak kisah sampai pukul berapa pun dia tetap juga nak mandi ehheheheehhe.

Yang specialnya kat sini adalah televisyen dia. Nak on kan tuh ada cara berbeza sikit sebab dia setkan untuk tengok movies di youtube sahaja. Makanya sakan la kitaorang melayan movies sampai tertidur.

Disebabkan Hotel Elmark nih terletak di deretan rumah kedai, tempat letak kereta terletak di sekitar depan hotel tuh.

Hotel nih ada lif dan laluan yang sesuai untuk orang berkerusi roda. So sesuai untuk orang dengan anak kecil, warga emas dan OKU.
Mereka yang paling gembira bila bercuti

3.5 bintang untuk hotel nih.

0 Comments