Masa on the way dari Dream Beach nak ke Yellow Bridge untuk menyeberang ke Nusa Ceningan, kitaorang singgah minum di Warung Putu nih sebab member den cakap dia baca kat beberapa blogs yang mencadangkan untuk dapat melepak di sini.

Best ye feelingnya bila minum Coke sambil duduk atas buai + tengok pemandangan laut yang sangat chantek airnya tuh. Langsung terasa macam nak nyanyi lagu ‘laju laju buaiku laju’ hehheheheehhe. Den dan berangan berpisah tiada.


Kawasan nih dulu dikenali dengan penternakan rumpai laut tapi sekarang dah takde. Member den cakap pemandangan masa ada rumpai laut lagi chantek. Kat Warung Putu nih tak sesuai la nak makan sebab ada menu Babi Manis. Ha….first time datang Bali masa Februari lepas, dok sakan jumpa menu Babi Guling. Sekarang ada menu baru yang den jumpa iaitu Babi Manis.

Tempat nih menarik sebab dapat melepak sambil minum with the view gittew.

0 Comments