Itinerary Nusa Penida, Nusa Lembongan dan Nusa Ceningan, Bali
Nih den dah share kat FB untuk jadi panduan
pada sesiapa yang ingin ke 3 Pulau Nusa nih. Den saja share sekali lagi kat
blog nih.
Cerita dan kos adalah bermula daripada naik
bot di Sanur sehingga balik semula ke Sanur dari Nusa Lembongan. Cerita dan kos
tidak termasuk harga tiket flight, transport dari dan ke Ngurah Rai
International Airport, shopping, etc.
Tidak menggunakan supir dan kereta. Jalan
sendiri samada jalan kaki atau naik motor sambil cari jalan menggunakan Google
Map.
Day 1 - naik bot
di Sanur ke Nusa Penida - check in di Jati Bungalow di Toya Pakeh - sewa motor
untuk 2 hari - Pantai Atuh - Rumah Pohon Molenteng - Tebing Banah @ Banah Cliff
Point - Pantai Suwehan (singgah je tak turun pun) - Bukit Tellitubbies -
Crystal Bay Beach.
Day 2 - Angel’s Bilabong
- Broken Beach - Pasih Andus - Klinking Beach - tengok sunset di pantai di Nusa
Penida.
Day 3 - naik bot
di Nusa Penida ke Nusa Lembongan - check in di Yogi Beach Bungalow - jalan tepi
pantai - urut badan 2 jam - minum kat café dekat area The Deck sambil tengok
breathtaking view - lunch di Warung Chandra - lepak tengok sunset tepi pantai -
dinner at Warung Pondok.
Day 4 - sewa
motor - Mushroom Bay Beach - Devil’s Tear - Dream Beach - minum di Warung Putu
- Yellow Bridge ke Nusa Ceningan - Mahana Point - Blue Lagoon - Secret Beach -
minum di Warung Chandra - dinner at Warung Pondok.
Day 5 - check out
dari hotel - lepak tepi pantai Jungutbatu sampai petang - naik the last boat
dari Nusa Lembongan ke Sanur - dinner di Warung Mak Beng - balik ke realiti.
Penginapan
Jati
Bungalow di Toya Pakeh, Nusa Penida = RM 270/2 malam (dengan breakfast). Boleh
jalan kaki dari jeti ke sini. Ada 3 ekor anjing yang sangat peramah huhuhuhu.
Yogi Beach
Bungalow, Jungutbatu, Nusa Lembongan = RM 279/2 malam (dengan breakfast). Hotel
tepi pantai yang sangat best.
Pengangkutan
Bot dari
Sanur ke Nusa Penida = RM 51/orang.
Bot dari
Nusa Penida ke Nusa Lembongan = RM 8.50/orang. Dapat harga orang tempatan.
Harga untuk pelancong adalah RM 17/orang.
Bot dari
Nusa Lembongan ke Sanur = RM 60/orang (booking di hotel + transport dari hotel
ke jeti). Kalau beli terus di jeti RM 51/orang.
Sewa motor
di Nusa Penida = RM 51/2 hari.
Minyak motor
di Nusa Penida = RM 19/2 hari.
Sewa motor
di Nusa Lembongan = RM 25.50/1 hari.
Minyak motor
di Nusa Lembongan = RM 4/1 hari.
Trak kecil
dari jeti di Nusa Lembongan ke hotel di Jungutbatu = RM 13/orang.
Aktiviti
Tiket masuk
ke Rumah Batu Pohon di Molenteng = RM 2.60/orang.
Tiket masuk
di Broken Beach = RM 5/motor.
Tiket masuk
ke Klingking = RM 1.70/motor.
Urut badan 2
jam = RM 72/sorang.
Makan dan Minum
Day 1 -
Dinner di Warung Pondok = RM 27/orang. Tak lunch hari nih sebab sibuk nak pergi
melawat semua tempat yang dirancangkan.
Day 2 -
Minum di Klingking = RM 8/orang. Lunch di Warung Kue Hamzah = RM 10/orang.
Minum petang = RM 5/orang. Tak dinner sebab kepenatan sakit bontot naik motor.
Day 3 -
Minum di kedai deretan The Deck = RM 15/orang. Lunch di Warung Bu Chandra = RM
15/orang. Dinner seafood basket di Warung Pondok = RM 36/orang.
Day 4 -
Minum di Warung Bu Chandra = RM 5/orang. Minum di Warung Putu = RM 5/orang.
Minum di Mahana Point = RM 3/orang.
Day 5 -
Lunch di Bali Eco Deli = RM 19/orang. Dinner di Warung Mak Beng = RM 19/orang.
KOS KESELURUHAN BAGI SEORANG = PENGINAPAN +
PENGANGKUTAN + AKTIVITI + MAKAN = RM 274.50 + RM 183 + RM 81.30 + RM 167 = RM
705.80
Kebanyakan
tempat yang dilawat di ketiga-tiga Nusa ni masih belum dikenakan tiket masuk
dan bayaran letak kenderaan. Mungkin esok-esok bila infrastruktur dah cantik
(terutamanya jalan raya) dan ramai orang datang sini, setiap tempat akan
dikenakan tiket masuk.
Tema
percutian di ketiga-tiga Nusa nih adalah melihat pemandangan yang cantik dan
bermalasan di tepi pantai.
Memang
banyak aktiviti minum-minum sebab ada setengah tempat tuh kena duduk di deretan
kedai yang ada untuk tengok view cantek.
Jalan raya
adalah agak ngeri di ketiga-tiga di mana pada pendapatan den jalan raya bertar
elok adalah dalam 30%- 40%. Lagi 60% @ 70% tuh kombinasi jalan raya yang
berlubang-lubang + crusher run + tanah tanih.
Nak tengok
pemandangan cantik di Nusa Penida, kebanyakannya kena turun dan naik trail yang
boleh tahan jenuhnya. Den tak turun ke Pantai Kelingking sebab tak berani nak
turun trail yang disediakan (dah ¾ perjalanan, den patah balik huhuhuhuhu).
Ada
perjalanan yang mengambil masa 1 jam 30 minit naik motor. Memang pitam.
Ada juga
perkhidmatan pak supir dan kereta tapi saja nak cuba naik motor di sini sebab
nak ke hulu ke hilir dengan jayanya.
3 Nusa nih
rasanya macam kurang sesuai untuk anak-anak kecil, orang tua atau orang yang
ada sakit lutut.
2 Comments
Saya benar-benar akan berterima kasih kepada Allah kerana kebaikan yang anda lakukan dengan membantu saya dan hari ini saya mendapat pinjaman sebanyak RM120,000.00 untuk menyelesaikan masalah saya.
ReplyDeleteSaya terima telefon saya pada pagi ini amaran dari bank saya CIMB yang mengesahkan bahawa saya memperoleh pinjaman dalam akaun saya dengan jayanya.
Saya mengucapkan terima kasih kepada wanita Puan Deborah kerana saya berpegang kepada kepercayaan saya dan dengan rahmat Allah, saya telah berjaya mendapatkan pinjaman saya.
Terima kasih banyak - banyak.
Saya juga akan memaklumkan kepada kawan-kawan dan orang tersayang yang memerlukan pinjaman. Terima kasih banyak Deborah, saya berdoa agar Allah menyertai kamu.
Hubungi Ibu Deborah melalui
e-mel: avantloanson@gmail.com
WhatsApp: +6281334785906
SAYA MENYAMBUT ANDA SEMUA DI PAGE INI
ReplyDeleteINI IALAH CERITA SAYA
Saya MURNI SANTI, seorang wanita, ibu, kakak dan rakan dari (Bekasi), Indonesia, saya seorang PENGURUS ESTATE SEBENAR dan saya telah mengalami banyak tekanan kewangan baru-baru ini, tidak ada yang mahu meminjam wang kepada kami untuk menyelesaikan projek komersial kami yang telah dibina dalam beberapa bulan sekarang. Saya telah ditipu oleh beberapa syarikat pinjaman palsu yang menuntut sejumlah wang daripada saya tanpa kami menerima pinjaman.
Saya kecewa, suami saya berusaha sebaik mungkin dan menolong, saya akan membunuh diri kerana kesakitan, terlalu banyak ditanggung dan saya kehilangan harapan, sehingga saya diperkenalkan kepada SEMUA PINJAMAN PEMBERIAN GLOBAL sebuah syarikat pinjaman yang ditaja oleh bank dunia itu sendiri.
Saya memutuskan untuk memohon pinjaman dan menghubungi syarikat itu, pegawai pinjaman mereka yang benar-benar memberi saya harapan dan memberitahu saya jangan bimbang syarikat itu akan meminjamkan wang kepada saya, walaupun jumlah yang saya perlukan sangat besar, dan semua yang saya dapat berikan kepada mereka keperluan yang merupakan beberapa maklumat peribadi, yang saya lakukan.
Saya melalui semua proses, mereka berjanji akan meminjamkan wang yang saya minta setelah mengesahkan saya layak untuk mendapatkan pinjaman, saya diminta untuk menunggu, yang paling mengejutkan adalah pinjaman yang dimasukkan ke dalam akaun saya dan saya mengesahkannya .. Kami syarikat kembali dari segi kewangan dan keluarga saya berjaya dengan baik ini menjadikan hidup saya lebih baik, saya bersyukur kepada Allah dan kepada semua PINJAMAN PEMBERIAN GLOBAL
GMAIL ..... allglobalgrantloan@gmail.com
UNTUK MENGHUBUNGI SAYA
Murni Santi
murnisanti55@gmail.com