There are always three sides of every story.
Your side, their side and the TRUTH.
This is Allahyarham Dato' Harun Idris’ side.
‘Hidup
kita biar miskin, jangan sesekali menggadai maruah bangsa’ - Allahyarham Dato' Harun Idris.
Buku ni adalah coretan atau
kisah daripada cerita atau sisi Allahyarham Dato' Harun Idris melaluinya
diarinya yang dibahagikan kepada 2 bahagian.
Diari bahagian 1 bermula dari 1 Januari 1977 iaitu bermulanya
debaran sebelum Allahyarham dipenjarakan pada 1 Mac 1978.
Catatan diari Allahyarham
terhenti selepas Allahyarham dipenjarakan pada 1 Mac 1978.
Diari bahagian 2 bersambung pada 3 Januari 1979 semasa
Allahyarham di dalam penjara sehingga catatan terakhir pada 31 Disember 1981
iaitu selepas lebih kurang 5 bulan Allahyarham dibebaskan dari penjara pada 1
Ogos 1981 (malam Hari Raya Aidilfitri).
Sedikit latarbelakang Allahyarham Dato' Harun Idris yang diperoleh
dari Wikipedia sebelum den review buku ni.
Allahyarham Dato' Harun
Idris adalah Menteri Besar Selangor Kelapan yang paling lama memerintah di
dalam Selangor dari 1964 - 1976.
Allahyarham dipenjarakan di
Penjara Pudu selama tiga setengah tahun kerana kelulusan pinjaman Bank Rakyat
kepada Syarikat Tinju Dunia untuk penganjuran pertandingan tinju antara Muhamad
Ali dan Joe Bugner di Kuala Lumpur pada 1 Julai 1975 di mana Allahyarham pada
ketika itu adalah Pengerusi Lembaga Pengarah Bank Rakyat.
Allahyarham Dato' Harun
Idris dibebaskan
oleh Lembaga Pengampunan pada 1 Ogos 1981. YDP Agong Sultan Haij Ahmad Shah
seterusnya memberikan pengampunan kepada Allahyarham sempena
Jubli Perak Merdeka pada 31 Ogos 1981.
Allahyarham Dato' Harun
Idris dipenjarakan semasa Allahyarham Tun Hussein On Perdana Menteri dan
dibebaskan semasa Tun Dr Mahathir
Mohammad Perdana Menteri.
Banyak
lagi cerita tentang Allahyarham Dato' Harun Idris
terutamanya tentang jasa-jasa Allahyarham, kisah 13 Mei 1969, kertas putih Bank
Rakyat, etc tapi yang semua tuh boleh dicari je di google.
So tentang buku ni.
Catatan Allahyarham Dato'
Harun Idris di dalam diari ini yang paling terkesan kepada diri den adalah
sikap dan penerimaan Allahyarham semasa di dalam penjara. Den boleh umpamakan ianya
sebagai when the going gets tough, the tough get going.
Den juga teringat kepada
quote oleh Andy Dufresne di dalam Shawshank Redemption (one of the great movie
ever) iaitu get busy living or get busy dying dan hope is a good thing, maybe the
best of things, and no good thing ever dies.
Allahyarham Dato' Harun
Idris dimasukkan ke penjara pada usia 53 tahun. Walaupun Allahyarham kecewa,
patah hati, etc tetapi beliau tetap bersemangat
untuk meneruskan kehidupan.
Di dalam penjara
Allahyarham solat sunat, berzikir, berpuasa, belajar bahasa Kantonis dan Mandarin dan belajar bermain pingpong daripada
banduan Cina di samping melayan pelawat yang bertali arus menziarahi beliau di
penjara meminta bantuan, berbincang tentang politik, masalah negara, urusan
rayuan hukumannya yang ditolak, etc.
Serious tabah dan mandiri
sungguh. Den tak boleh imagine macam mana seorang yang paling berkuasa di
Negeri (Menteri Besar Selangor selama 12 tahun) yang dah tentunya dikelilingi
oleh keindahan dunia bukan sahaja survive di dalam penjara pada tahun tahun
70an dan awal 80an yang keadaannya dhoif (berdasarkan buku ni) tetapi
Allahyarham tetap cekal, kuat semangat dan tidak berputus asa.
Allahyarham Dato' Harun
Idris juga ada menyatakan yang sifu bahasa Kantonisnya iaitu Jeffrey yang
merupakan ahli kongsi gelap adalah seorang yang baik budi bahasanya.
Ahli kongsi gelap ni
gangster la kan? Gangster zaman dulu berbudi bahasa. Wow sangat kan? Zaman
sekarang ni rasanya nak jumpa orang biasa berbudi bahasa pun jenuh rasanya.
Semangat setiakawan orang dulu-dulu tiada tandingannya.
Bila kita jatuh dan di
dalam kesusahan, baru kita dapat tau siapa kawan sebenar dan sejati.
Allahyarham Dato' Harun
Idris menceritakan tentang beberapa orang kawannya yang melawat beliau di
penjara tanpa jemu dan memberi semangat pada beliau. Teman yang jauh berkirim
surat, kad dan telegram menyokong beliau. Even Jeffrey dan beberapa teman di
dalam penjara menitiskan air mata bila mendengar rayuan kes Allahyarham ditolak.
Sepanjang 3 tahun setengah
Allahyarham berada di dalam penjara, setiap hari Allahyarham menerima pelawat
daripada kalangan keluarga, teman-teman politik, ahli politik pembangkang,
pemain bola sepak (ada sekali tuh the whole Selangor team visited him), artis
(Saloma), orang yang pernah Allahyarham bantu, etc. Even sesiapa yang tak dapat
datang due to protocol, kekangan perundangan, jarak, etc berkirim salam, kirim
kad, etc. Allahyarham ada menyatakan 2,3 kali Tengku Ampuan Selangor dan Raja
Muda Selangor mengirimkan makanan kepada beliau.
People from all walk of
life really loved and respected him.
Of course ada je la kawan
yang talam dua muka, tikam daripada belakang, etc. Weiiii we are talking about
politics here. Even dalam hidup seharian kita yang tak terjebak dalam politik
pun ada orang macam ni.
Kenapa kan orang dulu-dulu
lebih luhur hatinya, baik budi pekertinya, cekal, tabah, etc daripada orang
sekarang?
3 perkara di atas yang den
jumpa dalam buku ni benar-benar memberi kesan kepada diri den.
Antara
perkara lain yang den nak highlightkan dari buku ni adalah:
1. UMNO mendakwa mengamalkan
demokrasi ternyata sekadar ungkapan retorik…..kebenaran
ditindas…..diktaktor…..autokrasi….nepotisma….BN akan kecundang dan hilang
kuasa…..UMNO pudar di mata rakyat.
Pernyataan oleh Allahyarham
Dato' Harun Idris di mukasurat 65 di dalam buku ini seolah-olah memberi
gambaran bahawa selepas 42 tahun ianya ditulis, itulah gamaknya keadaan UMNO.
Dulu dan kini tidak berubah. Ke sama je untuk semua parti politik pun? Hmmmmm.
2. Kes Hong Kong & Shanghai Bank memberi RM250,000 kepada Tabung
Dana Politik UMNO Selangor. Pada ketika itu Allahyarham Dato' Harun Idris
merupakan Ketua UMNO Selangor.
3. Orang dulu-dulu percaya gila
pada perkara mistik - tok bomoh, tangkal,
kemenyan, loket yang mengandungi ayat kursi, bomoh Siam, ilmu guna-guna, ilmu
hitam, tongkat, azimat, air jampi, Sai Baba, tukang tilik, ahli nujum, tongkat,
pengamal mistik, membuang sial, etc. Even sampai sekarang pun masih ada yang
percaya.
4. I am not sure about politik wang tapi dalam buku ni, ada
banyak juga cerita pemberian wang untuk perbelanjaan semasa kempen bertanding
jawatan dalam UMNO, sumbangan Tabung Politik UMNO oleh orang perseorangan dan
syarikat, etc.
5. Too many grey areas in politic or maybe in life? Penghargaan, token
atau habuan/rasuah? Terhutang budi atau ikhlas? Pertolongan ikhlas atau ada
balasan? Pemberian projek kepada keluarga/kenalan sebab mereka memang layak
atau macam mana? I scratch your back and you scratch mine ke macam mana? Is it
normal or not? Serious den tak faham dan keliru.
6. Orang Melayu dan judi. Ada dilantik jadi board member syarikat
empat nombor ekor, ada yang suka lumba kuda, main poker, etc.
7. Masalah dadah yang tidak berkesudahan dari dulu yang memberikan
impak negative kepada semua yang terlibat. Even dalam penjara pun pengedaran
dadah boleh berlaku. Kesan dadah kepada banduan, warden penjara, etc.
8. Money is definitely the King even sampai dalam penjara menurut buku
ni (even kalau kita tengok movies pun perkara ni berlaku). Banduan yang ada
duit boleh dapat better food, even boleh mengurangkan kesakitan semasa sebatan,
etc.
9. Pertubuhan kebajikan Kristian sering melawat dan memberi makanan
kepada banduan. Sepanjang Allahyarham Dato' Harun Idris berada di dalam penjara
selama 3 tahun setengah, beliau maklumkan tiada sekali pun pertubuhan kebajikan
Islam datang melawat penjara. And then we wonder why people especially the
desperate one is attracted to the Christian teaching?
10. Beberapa orang Melayu
berjawatan yang menyertai Freemason
since 1960an. Tapi sejak baca buku Dunia Tanpa Tembok, pencerahan yang
diberikan oleh ARW tentang Freemason adalah berbeza dengan anggapan kebanyakan
orang. So perlu baca sendiri ye.
11. Pergolakan dalaman parti politik UMNO, wujud beberapa kem,
persaingan perebutan jawatan, etc. Still happening right now kot. Not only in
UMNO but in all parties I guess?
12. Kadang-kadang orang
yang kita tak jangka yang akan tolong kita di saat kita memerlukan. Teman rapat
boleh jadi musuh yang tak disangka tapi tak tau la kalau perkara ni normal
dalam politik kan?
13. Pengalaman yang
macam-macam masa dalam penjara.
14. ABIM once upon a time ago walaupun tidak mempunyai ramai ahli
tetapi terdiri daripada pemimpin yang berkualiti, gigih dalam perjuangan.
15. Operasi Hitam - ahli politik dan polis Special Branch terlibat
dalam kegiatan subversif komunis.
16. Team bola sepak Malaysia sentiasa dalam prestasi turun naik, kadang-kadang
terlebih confident lalu kalah. Haish macam berlanjutan sampai sekarang je kan
peel ni. Hmmmm. Isu menjual perlawanan kepada bookie pun ada dimention dalam
buku ni.
17. Isu hasil nelayan yang untungnya dikaut oleh peraih. Never ending
story until now I guess.
18. Kalau sekarang kita ada
'Geng Kunyit' tetapi pada 1976 ada Kumpulan
Halia atau Ginger Group tapi
sangat-sangat berbeza cerita dan ideologi kedua kumpulan yang dinamakan sempena
nama herba ni.
19. Diskriminasi pekerja Melayu oleh kaum lain bagi isu pembayaran gaji
yang tidak setimpal. Still happening in certain company even now right?
20. Kebebasan mahkamah,
rule of law, keputusan mahkamah tanpa campur tangan pemerintah.
Cukup la kot 20 intipati
diari Allahyarham Dato' Harun Idris ni.
Rakyat Malaysia terutamanya
orang Melayu wajib baca buku ni k. Walaupun buku ni den rasa tidak di proof
read dengan baik tetapi kisah yang dicoretkan dalam buku ni serious meruntun
jiwa.
Den tak pernah minat
politik. I suck even at office and family politic. Even after I read this book,
den tak tau Allahyarham Dato' Harun Idris bersalah atau memang Allahyarham tidak
bersalah tetapi dianiaya sebab dia pejuang bangsa Melayu dan memberi ancaman
kepada survival politik sesetengah ahli politik dalam UMNO.
But I couldn’t help
wondering if Malaysia especially the Malays will be better jika kepimpinan
Negara diterajui oleh Allahyarham Dato' Harun Idris dan Tengku Razaleigh
Hamzah.
But of course we never
know. Certain things are not meant to be. Kita kena percaya kepada qada’ dan
qadar.
Serious banyak pengajaran
yang kita boleh dapat daripada buku ni eventhough we are not in politic.
Den harap sangat Allahyarham
Dato' Harun Idris terus menulis diari selepas 31 Disember 1981 sebab I would
love to know the stories and struggles when he joint Semangat 46. Kenapa
Allahyarham tak terus menulis dah kan sampai beliau meninggal dunia pada 19
Oktober 2003?
Den tak tau kalau ada
pemimpin politik lain ada menulis diari macam Allahyarham Dato' Harun Idris or
at least a memoir.
PS1: Tengku Razaleigh
Hamzah…please writes a memoir. Allahyarham Dato' Harun Idris said you are one
of the good guy. Would super love to hear your sides of the story. Perjuangan
bersama Semangat 46, etc.
PS2: Den patut luangkan
masa untuk baca tentang Datuk Seri Dr. Burhanuddin Helmi, Dato Ahmad Boestaman, Ibrahim
Yaacob, Tun
Sir Henry H.S Lee, Tun V.T. Sambanthan, etc.
Den ambil masa seminggu untuk menghabiskan buku
setebal 347 mukasurat ni.

tajuk dia cem seram2 je.. hihi..
ReplyDeleteSerious meruntun hati mengenangkan perjuangan orang dulu-dulu yang berprinsip.
Deletejika ada masa terluang pasti akan abe kie beli n baca memoir ini. tq.
ReplyDeleteSalah satu buku yang memang disarankan untuk dibaca sekali seumur hidup. Memang akan buat kita terpaksa berfikir.
DeleteTerima kasih di atas revuew yg baik.. terima kasih juga kerana sudi hadir & membeli buku ini..
ReplyDeleteSama-sama. Semoga lebih ramai yang berpeluang membeli buku ini dan membacanya.
Deletemohon share ya reviewnya..
ReplyDeleteSilakan. Terima kasih ye
DeleteSaya baca entri tahun 2019 ni. Banyak komen spam ni. Hehe..
ReplyDeleteMacam heavy buku ni. Tapi pada masa sama, menarik juga, sebab pengalaman yang tak semua orang lalui, masuk penjara. Memang ada sesetengah benda orang tak cakap, ye, lagi-lagi pasal politik dalaman, kes-kes oleh VIP ni semua. Tebalnya mukasurat, sampai 300 lebih, tapi KSarie boleh habiskan baca dalam seminggu. Wow!
Terima kasih Tot sudi membaca resensi bukunya. Ha....blog KSarie dulu banyak gila komen spam. Itu yang akhirnya terpaksa off kan komen yang terus boleh publish tu. Bila membaca buku ini banyak pengajaran untuk kita juga kan
Delete