Catrice Cosmetics. Bloomingwithilly 3.0

Make up kit daripada Catrice Cosmetics yang korang boleh beli di mana-mana cawangan Guardian memang ohsem k.

Den dapat kit Catrice Cosmetics yang mengandungi Creatrice Creamy Mat Lip Pallete, Spectra Light Eyeshadow Glow Kit, Prisma Crome Lipstick, Dewy Wetlook Stick, Lashes To Kill Pro dan Spectra Light Nail Lacquer.
Disebabkan den adalah very late bloomer (atau pun memang tak terbloom pun) dalam arena make up ni makanya den teruja sangat dapat cuba make up dari Catrice Cosmetics ni.

Den paling suka Creatrice Creamy Mat Lip Pallete sebab ada macam-macam warna, tidak melekit dan saiz berusnya yang just nice even si A umur 5 tahun pun boleh apply Mat Lip tuh kat bibir den tanpa comot.
My own MUA
Den langsung fefeling Cardi B yo bila pakai Eyeshadow Glow Kit tuh heheheehe.

Dewy Wetlook Stick tuh sweet sangat bau dia dan tidak melekit (nih penting untuk orang tak make up cam den ni ha).
Minta maaf gambo kekaburan...gini la orang tak profesional amik gambar huhuhuhuhu
Prisma Crome Lipstick ni boleh buat korang fefeling KimK sebab warnanya yang dark and sexy.

Lashes To Kill Pro sesuai naw den pakai untuk buatkan mata den nampak besar sikit (ramai orang kata mata den macam nak tertutup sokmo).
Den okay je takde geng nak main make up sebab anak den superheros sebab more make up for me hehhehehee. 

The boys boleh je make up kan mama sambil mama fefeling model Victoria Secret sedang dimake up kan untuk show gitu hehehehehe cumanya sekali sekala ada la adegan si F tercucuk mata mama dia dengan mascara tuh huhuhuhu.

Untuk tengok produk kosmetik Catrice Cosmetics lain yang dijual di Guardian ni, korang boleh layari:



Kalau nak lagi feel dan nak test produk Catrice Cosmetics ni, moh la kita ke Guardian yang berdekatan ye.

#catrice.cosmetics
#guardianmalaysia
#bloomingwithilly3.0

No comments:

Powered by Blogger.