Mengopi di The Coffee Dock Taman Wetland Seksyen 8

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semoga semuanya sihat walafiat.

Esok sudah hari Sabtu.

Yabedabedu😀. 

 

Ada satu hari tu kawan den gamaknya pening kepala dengar den bercerita pasal kerja sokmo.

Katanya ayuh la kita pergi mengopi.

Dia belanja den makan di The Coffee Dock.

Tempatnya menarik sebab mengadap kolam.

Cuma tiada tempat letak kereta yang tersusun.

Letak aje kereta tepi jalan begitu.

Ada banyak juga pilihan menu.

Cuma disebabkan kami hanya hendak makan ringan-ringan sambil curhat makanya kami pesan makanan yang simple.

Lempeng - ini siapa la yang pesan kan?😅 

Kawan den pesan pancake.

Pelik pula rupa pancake nya begitu.

Pancake makan dengan butter dan mapel syrup

Disebabkan den bukan peminat kopi hipster, den pesan ice lemon tea.

Kawan den pesan latte rasanya. 

 

Kedua makanan yang den makan ini just nice.

Sedap aje.

Cuma tidak la terasa hendak datang makan lagi sebab banyak lagi cafe di Shah Alam ni yang belum pernah sampai😅. 

 

Yang mahalnya sebab makan with a view begitu. 

Kalau tengah patah hati tidak kisah la sebab chenta tidak kesampaian ke, dimarah boss ke, hal-hal di pejabat mengundang rasukan abalasa ke,  molek la melepak di sini.

Mengopi sambil melayan perasan.

Pasang pula OST KDrama Goblin.

Langsung terasa macam kenapa 'kamu meninggalkan daku'.

Eceh. 

Duduk la den dan kawan den minum petang.

Cerita la macam-macam tentang kehidupan. 

Ramai aje orang yang makan di sini semasa kami melepak di sini. 

Tempat ini buka sampai malam.

Tak tau la ada nyamuk ke tidak sebab boleh tahan kepadatan flora di sini. 

 

0 comments