Fabulous February

Assalamualaikum dan selamat malam.

Semoga kita semua sembuh daripada luka-luka yang kita tidak ceritakan kepada orang lain.

Semoga kita sentiasa di bawah rahmat Allah.

Semoga Februari kita molek sokmo.

Apa rancangannya untuk Februari ini?


Untuk kita umat Islam sudah pasti berharap dapat bertemu Ramadan yang dijangka bermula pada 19 Februari 2026.

In sya Allah semoga Allah izinkan kita bertemu dengan Ramadan 2026 dan agar Ramadan tahun ini menjadi Ramadan yang terbaik untuk kita.

Ada yang merancang hendak JJCM semasa cuti umum Chinese New Year yang jatuh semasa cuti sekolah 1 minggu?

Molek juga kalau dapat berjalan-jalan dan makan-makan sebelum Ramadan tiba kan?

Tapi pasti ramai orang di sana sini kan😅?


Februari 2026 ini juga unit kami perlu mengucapkan selamat tinggal kepada 2 orang team members yang akan berpindah ke unit lain.

In sya Allah unit kami akan menerima 8 orang ahli pasukan baru.

Semoga semuanya dapat bekerjasama dengan baik di dalam melaksanakan amanat rakyat Selangor.

Ayat gomen dikesan di situ😅.


Harapnya dapat la berzumba semula😅.

Entah kenapa la perkara yang satu ini liat sungguh.

Geram kadang-kadang tu😅.

Semoga ada banyak sesi untuk main Shahiba dengan kiddos di bulan Februari 2026 ini

Harap sesi membaca dapat diteruskan biarpun sehelai mukasurat setiap hari.


In sya Allah 26 Februari nanti keputusan UPKK akan diumumkan.

Nanti tengok result anak bertuah yang demam sepanjang exam hari tu.


Selebihnya we just go with the flow begitu ye.

Apa perancangan kome Februari ini?

Semoga terlaksana semuanya ye.

Semoga Februari kita fabulous dan awesome.

Jaga diri semua.



0 comments