Mosque Hopping di Jakarta, Indonesia

Assalamualaikum dan apa khabar semua?

Alhamdulillah kita telah memasuki hari kesembilan Ramadan.

Sekejap je kan? 

Semoga Ramadan yang masih berbaki ini kita dapat lipatgandakan ibadah kita ye.

 

Masih lagi kisah impromptu solo travel secara tetiba di Jakarta asbab teringin hendak solat Terawih di Masjid Istiqlal.

Hari terakhir di Jakarta, lepas solat Subuh dan kemas beg, udah den terkebil-kebil fikir mahu merayap ke mana sementara hendak check out dan ke airport.

Hendak ke toko buku macam tiada mood sebab nanti ternampak cafe best tapi tak dapat mengopi😂.

Tapi tak kan la hendak lepak di hotel aje kan.

Tiba-tiba terasa hendak mosque hopping

Maka ayuhlah kita. 

 

Masjid Raden Saleh - Masjid Agung Sunda Kelapa - Masjid Cut Meutia - Masjid Baitul Ihsan

 

Masjid Baitul Ihsan yang den tak dapat masuk sebab ditutup

Tiga masjid kecuali Masjid Raden Saleh ada disebut di dalam 7 Masjid Sekitar Jakarta Seru Dikunjungi Pada Bulan Ramadan.

Walaupun post tersebut disiarkan pada 2018, den cuma berkesempatan membacanya pada tahun ini,

Masa 2024 itu, den main redah je pergi masjid yang den tengok dekat google

 

Makanya 5.58 am, den naik GrabRide ke Masjid Raden Saleh.

Seterusnya ke Masjid Agung Sunda Kelapa.

Di setiap masjid den berkesempatan untuk solat tahiyatul masjid dan dhuha.

Di Masjid Agung Sunda Kelapa, den terpaksa rela dengar ceramah sama😅.  

Naik GrabRide lagi ke Masjid Cut Meutia.

In sya Allah nanti den kongsikan lebih banyak gambar di setiap masjid dalam post akan datang. 

 

Cuma den tidak dapat masuk ke Masjid Baitul Ihsan sebab ianya hanya dibuka untuk Solat Maghrib, Isyak dan Terawih katanya orang yang dijumpai di situ. 

Jadinya haruskah ulang pergi Jakarta sebab hendak merealisasikan hasrat untuk solat di Masjid Baitul Ihsan? 

Ramadan pun masih berbaki 21 hari😎.

Jangan buat pasal nohhh Bidasari😂. 

Asal yang kuban-kuban bagi aje la pada kamu ye😂. 

In sya Allah satu hari nanti kita usahakan untuk kembali ke Jakarta untuk solat di sini ye.

 

Den tidak pasti kenapa den pergi Jakarta di bulan Ramadan 2024.

Den ada singgah di Tanah Abang tetapi tidak beli sehelai baju pun.

Kenapa den tidak mosque hopping di Kuala Lumpur sahaja kan masa ni?

Den sungguh tiada jawapan untuk perkara ini sebab berjimbaan di bulan Ramadan ni agak mencabar lagi-lagi bila terjumpa cafe yang cantik-cantik di Jakarta tu😂.

Keciwa tidak dapat mengopi😂. 

Tetapi den bersyukur sangat den pergi impromptu solo trip yang satu ini kerana ada satu perkara yang den tidak perasan yang den sebenarnya boleh buat lama dulu tetapi den tidak pernah terfikir hendak buat.

Tetapi melalui solo trip ini den mula buat satu perkara tersebut dan in sya Allah den harap dapat kekalkannya sehingga akhir hayat den.

 

Semoga Allah sentiasa merahmati kita tidak kira di mana kita berada. 

 

0 comments