Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Tajuk mengundang sangat kan macam solat Terawihnya semalam😅.
Den tiba-tiba terkenangkan pengalaman solat Terawih di Masjid Istiqlal selepas membaca post 7 Masjid Sekitar Jakarta Seru Untuk Dikunjungi di Bulan Ramadan oleh blogger Fajar.
Masa Ramadan 2024, den tetiba rasa macam sangat-sangat teringin hendak solat Terawih di Masjid Istiqlal, Jakarta.
Begitulah perangai kuban-kuban den itu😅.
Jadinya terus booking flight, hotel, minta izin apa yang patut segala.
Jalan terus sorang-sorang.
Tetiba solo travel di bulan Ramadan.
Boleh tahan mereng den nih ye😅.
Gamble sesuka hati begitu konsepnya.
Den sampai di Masjid dalam 5.45 petang.
Sakan ada macam-macam reruai jualan.
Udah tersangkut terbeli kopi.
Den ingatkan ada program berbuka puasa beramai-ramai macam di kebanyakan masjid di Malaysia.
Jadinya den pun melenggang kangkung la tak bawa barang sebiji kurma pun😅.
Rupanya ramai orang yang datang berbuka dekat masjid bawa makanan sendiri😅.
Den rasa orang yang bawa makanan tuh sudi aje nak berkongsi makanan berbuka dengan den kalau den cakap den tak bawa makanan tapi disebabkan den tersegan kira bertabah aje la ye😅.
Sebenarnya kalau diikutkan blog Fajar, ada je juadah berbuka disediakan oleh AJK Masjid Istiqlal cuma mungkin den yang tidak jumpa cari.
![]() |
| Lepas Asar udah penuh orang cop tempat hendak berbuka |
![]() |
| Cantik kan pemandangan senja |
Disebabkan den jarang pergi ke masjid-masjid di Malaysia, jadinya den tidak familiar dengan rekabentuk masjid segala.
Cantik, unik dan gah betul senibina Masjid Istiqlal.
Dalam galeri handphone den penuh dengan gambar tiang dalam masjid ni sebab den berkenan sungguh dengan tiang-tiangnya.
Disebabkan den tidak bawa makanan, den duduk aje la terus di bawah kubah mengenang nasib diri😅.
Sebelum azan Maghrib, ada bunyi beduk dipukul.
Lepas berbuka puasa dengan air kosong seteguk (tragis kan😅) dan solat Maghrib, den lepak aje la membaca Al-Quran sementera menunggu masuk waktu Isyak.
Mungkin ini la kot hikmahnya ye.
Disebabkan tiada makanan makanya den terbaca Quran begitu😅.
Masjidnya yang dirasmikan pada 22 Februari 1978 ini memang seru sangat.
Serba serbi lengkap.
Ada perpustakaan juga sebenarnya tapi kalau hendak tour masjid ni kena datang sebelum 4 petang kalau tidak silap.
Sebelum solat Terawih, ada bacaan 4 ayat Surah Al-Baqarah dan terjemahan tentang kelebihan membaca Al-Quran oleh pemenang pertandingan membaca Al-Quran di Tanzania pada 2023.
Ada disebut nama qarinya tetapi den terlupa.
Lunak merdu sungguh alunan suara jejaka Indonesia itu.
Selepas itu ada ceramah ringkas tentang kepentingan membaca Al-Quran oleh seorang Dekan dari satu fakulti universitas.
Den begitu gembira kerana Imam solat terawih membaca dengan begitu laju😅.
Dasar sungguh seorang Bidasari begitulah ye😅.
Solat terawih di sini 20 rakaat tetapi den solat 8 rakaat sahaja.
Lepas solat terawih, den terus berjalan dengan begitu laju ke gerai-gerai yang berada di luar pagar Masjid Istiqlal.
Terus den makan mee bakso ayam dan minum Teh Botol (ini minuman favourite den kalau ke Indonesia).
Lepas kenyang makan, den naik GrabRide ronda-ronda kawasan berdekatan sebelum balik ke hotel.
2 malam berturut-turut den berbuka puasa lepas solat Terawih makan di gerai-gerai di sini.
![]() |
| Macam apam lenggang kuih ni |
Begitulah kisah den di Ramadan 2024 yang lepas.
Den memang ada banyak kisah kuban-kuban dalam hidup den😅.
Bucketlist solat Terawih di Masjid Istiqlal✅




















0 comments