Train To Dabong

Assalamualaikum.

Salam Jumaat untuk semua.

Den hendak kongsikan cerita trip 1 hari ke Dabong pada Disember 2025 yang lepas😅. 

Asalnya den memang telah bayar penuh untuk trip 3 hari 2 malam ke Dabong bagi Mei 2025.

Seorang diri dan akan joint group 9 orang lain yang tidak dikenali. 

Sekali tu ada perkara yang berkaitan kerja yang tidak dapat dielakkan. 

Kalau den pergi juga mungkin kena surat tunjuk sebab segala. 

Mahu tidak mahu den terpaksa let go trip tersebut😅.

Nangis😭. 

 

Lepas tu den memang tidak fikir pasal hendak ke Dabong.

Ala-ala merajuk begitu. 

Eceh😅

Alih-alih awal Disember 2025, sepupu den whatsapp ajak ke Dabong bersama 2 orang anak gadisnya.

Makanya ayuh la kita.

Sepupu den yang uruskan segala.

Den transfer duit lepas tuh dok kalut dengan kerja yang tidak akan pernah habis itu😅

Anak sepupu den yang umur 10 tahun ni petahnya la bercakap. Jenuh hendak melayannya😅

9.39 pm ETS KL Sentral - Gemas bertolak.

Kami berdua sembang macam-macam sampai la sampai di Stesen KTMB Gemas.

12.08 am sampai di Stesen KTMB Gemas.

First time dalam hidup den sampai sini.

Masa melepak tunggu keretapi ke Dabong sampai, ternampak gerabak keretapi lama di seberang platform.

Teringat pasal pengalaman den naik keretapi Express Rakyat dan Senandung Malam masa kecil-kecil dulu.

Paling tidak boleh lupa akan ada beberapa penjual berjalan dari satu gerabak ke satu gerabak menjual makanan.

The good old days begitu. 

 

1 am Keretapi Express Rakyat Timuran sampai.

Kami di gerabak T3, gerabak kerusi biasa.

Disebabkan terkelembap, tiket bagi gerabak yang ada katil udah habis.

Maka pasrah aje la ye kalau tulang belikat semua terpleot hampir 9 jam duduk di kerusi macam ni😅.

Jadinya kalau ada sesiapa ada rancangan hendak ke Dabong, mohon booking tiket awal ye.

Den duduk tepi tingkap.

Setiap kali melalui kawasan pekan, ternampak kereta dok tunggu giliran hendak melintas landasan.

Melalukan dan berhenti di beberapa stesen keretapi macam Kuala Lipis. 

2 am den dan sepupu pergi ke cafe di Gerabak T6 kalau tak silap.

2 orang anaknya tidur pengsan. 

Hendak melintasi 4 gerabak untuk sampai ke cafe agak mendebarkan sebab kena melangkah sambungan antara gerabak😅.

Memang mengundang kenangan silam zaman kecil-kecil dulu.

Risau jatuh di antara celah keretapi pun iya. 

Den minum milo panas + kongsi makan maggi kari.

Teringat pada buku train travelling oleh Paul Theroux bila duduk di cafe ni.

Pasal makanan.

Orang yang dijumpai, dsb.

Kome kalau hendak baca buku tentang perjalanan keretapi.

Mohon baca 2 buah buku oleh Paul Theroux.

The Great Railway Bazaar (1975).

Riding The Iron Rooster (1988).

Paul Theroux ni memang dikatakan sebagai The Godfather of Train Travelling.

Molek je cafe nya cuma comel sungguh dalam 20 orang je muat dalam satu-satu masa

Kami menyembang sampai den terlelap-lelap la😅.

Awaknya selalu lepas Isyak sudah tidur pengsan.

Ini sakan berjaga sampai ke pagi buta.

Mana tidaknya mata dok terpejam-pejam. 

 

Sepupu den yang seorang ini telah memanjat lebih 50 buah gunung seantero dunia.

Segala Gunung Kinabalu, Gunung Rinjani apa semua dia dah panjat. 

Dia mula berkecimpung dalam arena hiking dalam tempoh 7,8 tahun lepas ni. 

Umur dia 54 tahun ini. 

Kadang-kadang dia ajak den pergi panjat gunung, masuk ultratrail marathon jadah apa semua. 

Jawapan standard den adalah 'ada ke hang pernah tengok den update cerita pasal fun run ke merentas desa ke? Biasanya kan den update pasal buku dan makanan je. Celah mana la den ada kudrat nak berlari segala.'

Nanti dia gelak-gelak je la. 

 

3 am kami tidur.

415 am den terjaga sebab ada 2 orang perempuan dok bersoal jawab dengan orang KTMB sebab ada orang duduk dekat tempat deme.

Sekali lepas bersoal jawab dalam 10 minit baru la tau rupanya depa dah batalkan tiket deme.

Lorrrrr.

Den sambung tidur semula sampai Subuh.

Kalau gerabak biasa macam kami naik ni, samada kita solat di ruang solat yang disediakan atau solat di kerusi.

Ruang solat hanya boleh muat seorang je dalam satu-satu masa. 


8 am kitaorang pergi minum dekat cafe buat sekian kalinya😅.

Tengok pemandangan sungai, jambatan, dsb sepanjang perjalanan.

Sambung lagi sembang.

Berangan hendak pergi konsert Adele.

Kata sepupu den, bukan setakat kena jual buah pinggang.

Tapi kena jual pankreas, hempedu semua kalau hendak pergi konsert yang entah bila itu.

Makanya kita berangan pergi konsert MNasir di KL udah la ye😅

 

Tidak sempat hendak ambil gambar dengan kepala keretapi berlatarbelakangkan nama Gua Musang sebab keretapi berhenti sekejap sahaja di stesen. 

Keretapi Express Rakyat Timuran ini keretapi lama.

Kalau tidak dapat gerabak yang ada katil dan kena duduk di kerusi macam kami, bisa sengal-sengal badan😅

Tandas untuk den molek je.

Tetapi kalau siapa yang biasa naik ETS dan tidak pernah naik keretapi lama, dia akan rasa ngeri sikit la.

Sesiapa yang kena dalam keadaan proper sokmo, memang sedikit mencabar bila naik keretapi ini.

Keretapi lama ini nostalgia.

Bak kata Paul Theroux, its not about the destination, its about the journey.

Den okay je kalau nak ulang naik keretapi ini untuk next trip😅

 

 

12 comments

  1. Nampak koc kafe dia lebih luas dari koc ets.... Syok betul makan dalam koc.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha....kalau naik keretapi jarak jauh harus makan di cafe nya baru lengkap perjalanan😊

      Delete
  2. Bestnya, pengalaman yang menarik, KSarie! Saya pernah naik ekspress rakyat ke KL Central, sebab tiket ETS habis. Barulah tahu yang sekarang kalau nak naik tren, kena beli tiket in advance. Sepupu KSarie boleh kawan dengan kakak sulung saya, pun selalu naik gunung dan join ultra marathon. Nice la.. naik tren, dari dulu suami saya plan nak balik kelantan naik tren, ambil coach tempat tidor, tapi entah bila nak terlaksana tu. 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha kena hasut suami untuk buat roadtrip ke Pantai Timur tapi naik keretapi ke Dabong pula. Tapi itu la KSarie cadangkan kena usahakan ambil gerabak yang ada katil ye sebab boleh tahan terpleot duduk di kerusi lama berjam-jam😅Semua tiket better beli di aplikasi atau website KTMB. Boleh beli di kaunter tapi risau kot nanti tiketnya habis. Orang yang adventure memanjat gunung segala ni memang different breed kan

      Delete
  3. Bestnya! Wish list Sy ni, entah bila nak tercapai. Asyik bertangguh je huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha kena realisasikan wishlist tuh paling kurang 1 kali ye

      Delete
  4. Pernah sekali je sampai Dabong tapi bukan naik train la. Naik kereta je tu pun unplanned trip.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dabong ni molek kalau nak lari dari kesibukan kota

      Delete
  5. waduh 9 jam duduk kat hardseat.. sengal2 badan sangatt. tapi pengalaman naik train ni memang best! dulu kawan saya ada ajak naik, tapi tarikh tu saya tak free pulak, melepass. bila tanya dia nak repeat lagi tak, dia kata taknak sebab tilam berhabuk hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo patut la ada orang pesan bawa cadar dan sarung bantal sendiri kalau hendak naik gerabak katil ni. Mungkin sebab berhabuk tuh sama la kot ye.

      Delete
  6. Saya Sampai google dulu dabong nih di mana... Akhirnya tahu juga... Sempat awal2 google bilang di Kalimantan. Ternyata di sana ada kota bernama sama 🤣🤣🤣.

    Saya trakhir naik train lama begini, itu di Bangkok menuju Siam Rep kak. Bukan sakit pinggang lagi kak, muka pun dari terang sampai gelap Krn debu 😂😂😂. Krn jendela terbuka hahahaha

    Pas lihat station GEMAS memang langsung gemaaaas saya 😄😄😄. Gemas means Annoyingly cute, adorable dalam BHS Indonesia 😂.

    Saya ketawa pas baca sepupu ajak kakak naik gunung. Kalau tu ditanyakan ke saya, sayapun akan gelak besar, macam muka saya ada tertulis 'ajak aku naik gunung tertinggi sekalipun' 🤣🤣🤣.

    Naik bukit apapun dah malas hahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo Kalimantan pun ada tempat namanya Dabong ya. Ha Gemas itu comel kan? KSarie tau juga tuh sebab dulu suka tengok sinetron Indonesia sebelum terpesona dengan KDrama😅Mereka yang suka panjat gunung ini di dalam liga yang berbeza. KSarie tuh liga makan dan tidur aje😅

      Delete