Wordless Wednesday 6/2026

 

Ustazah dan rakan semengaji belanja makan sebelum kelas mengaji. Jadinya semasa mengaji sakan den tak cukup nafas sebab perut kenyang macam nak meletup
Souvenir daripada UPM bagi program perkongsian industri
Latte with brown sugar dan sea salt ni sedap teruk untuk tekak den
Suka set kuih macam ni. Boleh rasa 4 kuih berbeza dalam satu bekas
Tiba-tiba ada artwork kiddos dekat dinding ruang tamu sebab apak deme hendak tutup cela tersalah drill😅Lukisan yang ada warna hijau F buat. 4 lukisan hitam putih tu si A buat

0 comments