Assalamualaikum.
Apa khabar di malam terakhir Januari 2026?
Sekejap sangat ye udah berakhir Januari.
Macam sekelip mata je kan berakhir 31 hari di tahun 2026 ini?
Sementara terajin walaupun demam ini😅, marilah kita recaps apa berlaku sepanjang Januari ini.
✅Akhirnya unit den berpindah ke tingkat baru dan mendapat tempat duduk yang molek. Selama ini ada yang duduk di ruang untuk scammers😅.
✅Warna purple ruang kerja kami. Udah seperti Army BTS gayanya😅.
✅Dalam pada hendak bergembira di tempat baru, dapat berita 2 orang team members akan ditukarkan ke unit lain🥲Baru je deme hias tempat duduk deme. Patah hati betul rasanya.
✅Balik kampung semasa kenduri sepupu kahwin dan dapat berjumpa dengan semua pakcik, makcik dan sanak saudara.
✅Pergi site visit yang paling comel. Pusat penetasan anak ayam.
✅Naik bas ekspress balik kampung setelah berkurun lama tidak naik bas sejak ada ETS. Berdebar bagai nak pengsan rasanya😅.
✅Tidak berjaya bersenam walau sekali pun. Haish🥲
✅Berjaya tukar layout blog😍
✅Makan-makan sekupang dua dengan keluarga kecil den di sana sini.
✅Dapat membaca 14 buah buku. Yeay😍
✅Berjaya update resensi semua buku yang dibaca di IG, GoodReads dan Bookmory💪.
✅Terbeli 5 buah buku. Haish.
✅Hanya sempat tengok KDrama ProBono sampai habis. Yang lainnya tidak sempat tengok sebab kepenatan keroje selalu terpengsan awal setiap malam.
✅Bas Smart Selangor sokmo tiba on time. Dapat punch in sebelum 7.15 am hampir 70% bulan ini😊
✅Den dan kiddos sakan bersilih ganti demam🥲Hoping for a better health next month.
✅Masih sakan mendengar alunan piano oleh Yiruma.
Selamat berhujung minggu semua.
In sya Allah kita jumpa lagi pada Februari 2026.



Fuh banyak pencapaian bulan Jan ini... mcm seronok pulak pergi tmpt penetasan ayam tu hihii..
ReplyDeleteKesian dua officemate tu dah hias bagai tapi kena pindah pulak huhuu ..
Itulah pasalnya. Tak sempat hendak bermanjah dengan deme udah kena pindah🥲
DeleteSekejap je kan masa berlalu. Dah masuk bulan Feb.
ReplyDeleteItu la makanya. Pejam celik pejam celik eh udah Februari
DeleteWaalaikumussalam. Selamat datang Februari. Tak terasa Januari sudah berlalu pergi.
ReplyDeleteAlolooo...comelnya anak-anak ayam yang baru menetas.
Geram tengok anak-anak ayam tu
DeleteSaya memang tak sabaaaaar sangat tahun Iki, rasa nak cepat2 Desember. Hahahahahaha. Tak sabar Krn akan traveling. Tp biasanya, kalau traveling masih December nanti, waktu akan berjalan lambaaaat sangat.
ReplyDeleteJadi January ini buat saya memang terasa lama. 😁.
Pasti Fanny menghitung hari untuk travel kan? Mesti berharap cepat la Disember😊
DeleteMoga sudah sembuh sepenuhnya KSarie dan anak2. ProBono best. Dah habis tengok jugak. Kejap je masa January udah berlalu. Satu buku pun tak start lagi ni aiihhh lembap.
ReplyDeleteAlhamdulillah udah sihat. Takpe takpe ada banyak masa lagi nak membaca😊
DeleteSemoga KSarie sihat-sihat selalu. Tahniah ya, dapat baca banyak buku di bulan Januari. Hujung minggu lepas saya ada masuk R&R di WCE. Ada seorang ni, saya tengok, macam KSarie. Nak tegur, takut tersalah orang. Dalam kawasan toilet. Saya nak masuk, orang menyerupai KSarie tu, nak keluar. Adakah KSarie orangnya, tanggal 31 Januari 2026, petang hari, ada lalu highway WCE tak, menghala ke Perak? Hehe.. saja, tanya.
ReplyDeleteSahih pelanduk dua serupa tu Tot😊KSarie takde menghala ke Perak tarikh tu. Tot berjalan ke mana hari tu
DeleteSaya on the way balik Lumut dari Rawang. Nasib baik tak tegur, kalau tak, maluuu! 🙈 Sejibik macam rupa KSarie.
DeleteHehehehe kalau tak berkenalan dengan kawan baru begitu ye😊
Delete