Assalamualaikum dan salam sejahtera.

3 tahun kebelakangan ini den mensasarkan hendak membaca 100 buah buku setahun.

Tidak pernah berjaya pun😅

2022 67 buah buku.

2023 96 buah buku.

2024 96 buah buku.

2025 98 buah buku.

Faktor tidak berjaya yang utamanya adalah terlalu terpesona dengan oppa KDrama😅.

Termasuk juga sakan melayan social medias.

Bertuah betul kan😅?

 

Tahun 2026 den sasarkan untuk membaca 50 buah buku.

Sebab buku-buku di dalam senarai TBR (To Be Read) adalah di dalam kategori berat untuk den.

Den tidak mahu berakhir dengan book coma atau reading slump yang terpleot akhirnya.

Den pernah trauma selepas mengambil masa 3 bulan untuk menghabiskan sebuah novel klasik 302 mukasurat je pun.

Lepas itu den tidak membaca hampir 2 tahun rasanya.

Dramatik benar seketul Bida ni ye😅.

 

Biasanya orang membaca sebagai hobi dan santai.

Udah kenapa den membaca sampai terpleot macam kan hendak buat literature review bagai seolah-olah persediaan hendak membuat PhD kan😅?

Buku-buku macam ni berat untuk den yang kuban-kuban ni

Empat buah buku di atas adalah buku-buku yang den baca serentak + tengok video sekali sebab perlu dibuat rujuk silang bermula Oktober 2025.

Ayat gomen habis ni😅.

Tetapi hanya sempat baca 15% sahaja.

In sya Allah den berhasrat untuk membaca 4 buah buku ini pada tahun 2026 ini.

Kena ulang semula dari mukasurat 1 bagi setiap buku begitu.

 

In sya Allah den akan cuba kongsi resensi buku yang den baca pada 2026 ini ye.

Kalau terbuat la resensinya.

Kadang-kadang semangat memang beriya😅.

 

Harap rajin juga hendak update resensi buku yang telah dibaca di IG @sariereads dan aplikasi Goodreads serta Bookmory.

Selamat membaca untuk tahun 2026.

 

 

0 Comments