Wordless Wednesday 4/2026

 

Ex-teammate datang menziarah dan belanja den lunch. Alhamdulillah
Majlis Bandaraya Shah Alam akan berikan payung kepada mereka yang bayar cukai pintu setahun. 
Akhirnya penuh bekas ini dengan biji saga yang den kutip di Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya setiap kali den pinjam buku di sana. Boleh jadi pemberat kertas nanti ni. Sibuk anak bujang letak tangan dia di situ.
Perpustakaan yang menyediakan troli kepada peminjam buku sebab setiap orang dibenarkan meminjam 20 buah buku sekaligus untuk tempoh sebulan
Gula-gula yang buat den mengimbau zaman kanak-kanak circa 1980an
Gebu gebas halia Bentong di pasar tani ni. Geram tengok.

10 comments

  1. Banyak manfaat halia bentong tu. Cantiknya merah2 saga tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yang ada pepatah yang merah itu saga ye😊

      Delete
  2. gula2 tu mengimbau kenangan betul. tpi harga dia tak sama macam harga zaman dulu pulak hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe dah boleh kata harga agak kayangan...sesuai dengan kadar inflasi kot ye

      Delete
  3. Tengok gambar perpustakaannya, terus teringat dah lama sangat tak singgah ke perpustakaan.
    Terima kasih atas tulisannya, semoga sihat selalu ya kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga Mas juga terus sihat untuk bisa berkongsi cerita selalu yar

      Delete
  4. KSarie share tentang cukai pintu, baru saya teringat, saya belum bayar cukai pintu. Lupa daa..
    Cantik beg KSarie, helok tergantung di troli nak pinjam buku library itu.
    Klasik betul, gula-gula tu. Memang biasa beli la, dulu. 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beg klasik tuh kawan yang punya. Dia pencinta buku tegar. Ha gula-gula klasik ni buat kita terkenang kisah-kisah zaman kanak-kanak

      Delete
  5. Alamak pagi tadi mak wsap remind minta bayarkan cukai pintu dia.
    Gula-gula klasik macam haw flakes tu sedap nya makan dulu2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha kita sokmo terlupa tentang cukai tetapi cukai sentiasa ingat pada kita kan lagi-lagi LHDN tu😅

      Delete