Hadiah Top Commentor Blog Tot Selamat Diterima
Assalamualaikum.
Alhamdulillah rezeki di awal tahun 2026 telah selamat diterima pada semalam.
Tidak sangka sebenarnya den salah seorang top commentor di blog Secawan Kobi Sekebun Cinta.
Love sangat.
Sebab den ni jarang gila dapat hadiah cabutan bertuah ke apa di dalam hidup den.
Jadinya bila dapat hadiah yang tidak disangka-sangka ini hati den berbunga-bunga.
Terima kasih Tot di atas bungkusan hadiah yang meriah.
Macam-macam ada.
Ada penunjuk kayu al-Quran.
In sya Allah den akan guna semasa kelasa mengaji setiap malam Selasa.
Boleh dia berkawan dengan penunjuk duri landak den nanti😅.
Comel molek coin purse ada gambar Masjid Al-Badr (Masjid 1000 Selawat) Pulau Pangkor.
Masjid yang den teringin sangat hendak pergi tetapi belum ada rezeki.
Tupperware pink boleh menjadi pemangkin semangat sekiranya den berhasrat hendak mula kembali eat clean.
Eceh😅.
Kalau tidak den boleh simpan kekacang untuk kudapan di pejabat.
Cermin comel molek dalam purse dan boleh dibawa ke hulu ke hilir.
Senang cermin macam ni untuk tengok makanan terlekat di celah gigi lagi-lagi masa pergi lawatan tapak.
Keychain bulu gebu gebas menjadi rebutan dua orang anak bertuah la pulanya.
Sudahnya biar mama aje la guna macam tu😅.
Ada sehelai tudung bawal berwarna kelabu bunga-bunga kecil.
Sesuai untuk dipakai dengan baju korporat setiap hari Selasa nanti ni.
Suka sangat.
Terima kasih Tot di atas pemberian hadiahnya.
Semoga dikurniakan rezeki yang barokah dan melimpah ruah.
Semoga Tot sekeluarga sentiasa dirahmati Allah sepanjang 2026 dan selamanya.




0 Comments