Akhirnya Berjaya Ubah Layout Blog Dengan Bantuan Sii Nurul

Assalamualaikum dan apa khabar semua?

Lama betul tidak berkesempatan untuk update blog.

Sibuk tahap cipan.

Kalau den ni memang acah sibuk sokmo kan😅?


Den sebenarnya udah lama hendak ubah design blog tapi disebabkan memang terpleot parah bab teknologi den tak berani nak godek-godek sendiri.

Lama dok mencari siapa yang boleh bantu tengokkan blog den ni ha.

Alhamdulillah apabila Nurul tinggalkan komen di blog den, den tanya adakah Nurul masih memberikan perkhidmatan berkaitan blog.

Ayat gomen dikesan di situ😅.


Den rasa Nurul ni lemah lembut dan berhemah orangnya sebab bila berurusan through whatsapp tuh boleh rasa orangnya sangat bersabar dengan den yang username salah, password terlupa bagai dan macam-macam lagi la😅.


Kome boleh baca tentang blog yang telah diupgrade oleh Nurul di SINI ye.

Tersusun aje bahasa Nurul ni.

Kome kalau hendak minta Nurul revamp blog kome boleh hubungi dia ye.

Den suka sangat dengan layout blog ini.

Semoga den lebih bersemangat la untuk update blog selalu ye😅.


Jaga diri semua.

Untuk yang bekerja tinggal esok sahaja kita perlu pergi pejabat.

Lusa kita boleh berehat untuk 2 hari.

Yabedabedu.

Pagi tadi pergi lawatan tapak ke kolam ikan tilapia. 2 jam perjalanan pergi ke sini dari ofis. Singgah sekejap tengok 2 orang jejaka ini memancing berdekatan kolam yang dilawati. 





24 comments

  1. Alhamdulilah ada yg sudi membantu tukar template blog.
    Sekarang ni tak ramai buat perkhidmatan utk blog kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha rezeki sangat dapat bertemu dengan Nurul yang sudi revamp blog KSarie😊

      Delete
  2. Kiranya template blog ni nurul yang design? Cantik. Kemas je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. KSarie suka sangat sebab simple and minimalis

      Delete
  3. Seronok jejaka jejaka yg memancing kat situ.. nampak healing di situ ..
    eh nak komen pasal layout baru ni.. cantik dan bersih hihiii ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe terima kasih pada Nurul yang sudi melayan permintaan KSarie untuk blog yang lebih simple

      Delete
  4. Cantik² .... Tadi singgah blog Linda, pun guna khidmat Sii Nurul. Bagus ada rakan blogger boleh tlg buatkan 👍🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha...Alhamdulillah rezeki jumpa blogger yang boleh revamp blog nya

      Delete
  5. Love sangat design baru ni, tenang je. Kita tak berani nak tukar dah design blog tu, guna yg klasik je. Tukar2 banned dengan yang side2 bar tu pandai lah. Satgi hilang semua, takut vertigo pulak. Tapi terasa nak jugak tukar kadang tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha KSarie bab-bab teknologi biarpun simple memang ke laut dalam. Kalau yang ada coding bagai lagi la tidak kutahu. Maka kita serahkan kepada pakar untuk membuatnya😊

      Delete
  6. wahhh cantikya template baru ksarie! clean je :D
    dulu2 saya rajin sangat tukar template blog. sekarang dah tak ingat cara nak coding2 ni. risau usik sikit habis rosakk

    ReplyDelete
    Replies
    1. KSarie ni langsung tak tau apa-apa pasal coding. Memang kena minta tolong orang yang pakar membuatnya

      Delete
  7. Blog uncle pernah tukar layout rasanya 2 kali je dalam masa 16 tahun....
    Sebab... Tak pandai... heheheheh (ngaku)

    ReplyDelete
  8. Yeeees, jujur design blog kak Sarie yg ini lebih clean, dan mudah navigasinya. Ada archive, jadi saya bisa lihat tulisan trakhir yg saya baca di sini. Yg terpenting dibuka pakai HP. Juga lancar dan cepat

    Kalau saya memang ada teman yg pegang teknikal matters Dcatqueen. Jadi tugas saya menulis dan update, tugas dia urus pembayaran annual fee utk hosting dan domain, lalu update segala plugins kalau ada pembaharuan. Juga fix the prob kalau ada error. Saya bayar dia utk urus semua itu 😄. Kalau saya yg buat, kacau nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kan Fanny. Kita serahkan pada yang pakar untuk membantu upgrade blog kita. KSarie harap rajin la juga hendak update blog nanti ni.

      Delete
  9. Alhamdulillah.. terima kasih kak..Seronok sangat dapat membantu susun semula blog dan tengok akak lebih bersemangat nak update. Memang betul, kadang teknologi buat kita stress sikit, tapi bila sama-sama hadap, semua jadi mudah. Semoga layout baru ni boleh jadi inspirasi untuk terus berkongsi cerita dan ilmu di blog!

    ReplyDelete
  10. layout menarik dan minimalist.....tahniah kepada awak berdua...

    ReplyDelete
  11. Syukur bila ada yang membantu...SA pun ada plan nak tukar template tapi x tau la bila..sedang berkira- kira lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak minta Nurul buatkan boleh tanya dia memang senang berurusan dengannya

      Delete
  12. Lawa dan tersusun template baru blog KSarie ini. Sekarang sudah ada archieve dan popular posts. Sebelum ni, saya perlu klik previous post dalam entri yang dibaca untuk ke entri sebelumnya. Nice! 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha....harap lebih mudah untuk dibaca blog nya ye😊

      Delete