Tempat Makan Sedap di Kuching Restoran Mom's Laksa
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sementara hendak mencipta kenangan di tahun 2026 ini, den cerita la kisah-kisah 2025 yang masih belum sempat diceritakan.
Tahun 2025 den pergi Kuching, Sarawak 3 kali.
Kali pertama pergi berjimbaan dengan konco-konco jiran tetangga pada Mei.
Dua kali lagi pergi asbab kerja pada Disember.
Sebenarnya kalau tahu ada technical trips 2 kali ke Kuching pada Disember, den akan pilih tempat lain untuk berjimbaan dengan konco-konco😅.
Tapi dianya bila outstation kerana kerja ni kita kurang dapat berjalan sebab jadual terikat dengan perkara-perkara rasmi.
Kalau kome ke Kuching mohon makan di Restoran Mom's Laksa.
Lokasi dia di kawasan bandar Kuching.
Semasa berjimbaan dengan jiran-jiran 4H3M di Kuching, kami makan di restoran ini 3 kali😅.
Sebab konco-konco berkenan dooh dengan restoran ini.
Makanan dia serius sedap kena untuk tekak kami bertiga.
Menunya memang macam-macam ada.
Tajuknya kome pilih aje la yang berkenan di hati.
Daripada makanan tradisional Sarawak, makanan Nusantara semuanya ada.
Kami pertama makan di sini, kami makan tengahari Mee Kolok Daging, Laksa Biasa dan cucur udang.
Semuanya ada rasa.
Mee Kolok Dagingnya memang molek benar.
Dagingnya lembut.
Laksa Sarawaknya memang awesome.
Kuahnya pekat memikat.
Udangnya segar.
Cucur udang tidak berminyak, rangup dan terasa udangnya.
Hari yang sama kami datang pula untuk makan malam.
Kalau dalam satu hari pergi makan sampai 2 kali di kedai yang sama.
Maknanya memang berkenan dooh la kan😅.
Kali ini kami makan nasi aruk dan nasi ayam gepuk.
Nasi ayam gepuk itu bagi den sedap tetapi boleh ditemui di kedai ayam gepuk yang tumbuh bak cendawan di Malaysia ini.
![]() |
| Dua gambar di atas adalah Nasi Aruk Terubuk Masin yang sedap teruk macam nak pengsan |
Tetapi Nasi Aruk Terubuk Masin memang sangat win.
Ikannya garing.
Bahan macam serunding tu mantap teruk sampai jiran den tanya resepi la😅.
Hari terakhir kami singgah makan Nasi Aruk sekali lagi sebelum ke lapangan terbang.
Jatuh cinta sungguh dengan Nasi Aruk Terubuk Masin tu😅.
Masa lawatan teknikal tengok burung hijrah pun kami dibawa makan Laksa Sarawak istimewa bersama teh 3 layer di sini.
Laksa Sarawak ada diletakkan pepahat dan sotong.
Memang ngam teruk cuma den kurang berkenan dekat sotong itu.
Selalu rasa hendak tercekik makan sotong macam ni.
Lagipun rasanya memang sedikit kureng untuk tekak den.
Makanan dia semua ada rasa.
Memang sedap.
Harga mampu milik berbaloi dengan rasa.
Desserts dia pun nampak mengancam.
Tapi itu la tidak sempat makan.
Jadinya adakah harus pergi Kuching lagi untuk makan di sini😅.
In sya Allah kalau ada rezeki ke Kuching lagi satu hari nanti hendak makan Nasi Aruk di restoran ini.
Kome kalau ke Kuching mohon singgah makan di sini.
In sya Allah berbaloi.
Asbab menulis post ini udah den google mana hendak makan makanan Sarawak yang authentic di Shah Alam ni😅.



















0 Comments