Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Den kongsikan buku pertama den berjaya habiskan baca untuk tahun 2026 ye.

📘1/2026 Apabila Khadir "Bertemu" Zulqarnain

📖112 mukasurat

✍️Syaari Ab Rahman

🏫Koleksi Sendiri

 "Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan diterangi oleh cahaya di antara dua Jumaat (hingga hari Jumaat minggu hadapan)"

Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi

Antara intipati daripada buku ini:

Nabi Musa a.s. bermusafir untuk belajar dengan Khadir pada umur 80 tahun. Zulqarnain bermusafir untuk menyebarkan ilmu.

setiap orang perlu beramal dengan ilmu.

ada hikmah yang kadang kala tidak terjangkau oleh akal fikiran daripada sesuatu perkara yang berlaku di dalam kehidupan kita.

semua orang perlu berlapang dada menerima ilmu dan tunjuk ajar samada daripada mereka yang lebih tua atau mereka yang lebih muda

kadang kala perlu keluar dari zon selesa untuk perkara yang lebih baik

ilmu fardu ain dan fardu kifayah perlu seiring

kepentingan berjemaah atau bermasyarakat

sentiasa bersangka baik dengan Allah

sentiasa mengingatkan diri yang kita adalah hamba Allah

sentiasa menggunakan kuasa untuk kebaikan

jangan salahguna kuasa

Ikhlas dalam melaksanakan tugas, dsb

Buku yang nipis tetapi berat untuk den☺️

Kena ulang baca lagi nanti ni.

Dulu den rasa Surah al-Kahfi ni jenuh hendak dibaca sebab 110 ayat.

Tetapi sebenarnya sekarang ini Surah al-Qamar yang 55 ayat itu adalah yang paling sukar untuk den baca.

Sebab sangkut di penutup setiap ayat hendak membaca ر (Ra) lagi-lagi yang berbaris di bawah.

 

0 Comments