Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Den kongsikan buku pertama den berjaya habiskan baca untuk tahun 2026 ye.
📘1/2026 Apabila Khadir "Bertemu" Zulqarnain
📖112 mukasurat
✍️Syaari Ab Rahman
🏫Koleksi Sendiri
"Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan diterangi oleh cahaya di antara dua Jumaat (hingga hari Jumaat minggu hadapan)"
Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi
Antara intipati daripada buku ini:
✅Nabi Musa a.s. bermusafir untuk belajar dengan Khadir pada umur 80 tahun. Zulqarnain bermusafir untuk menyebarkan ilmu.
✅setiap orang perlu beramal dengan ilmu.
✅ada hikmah yang kadang kala tidak terjangkau oleh akal fikiran daripada sesuatu perkara yang berlaku di dalam kehidupan kita.
✅semua orang perlu berlapang dada menerima ilmu dan tunjuk ajar samada daripada mereka yang lebih tua atau mereka yang lebih muda
✅kadang kala perlu keluar dari zon selesa untuk perkara yang lebih baik
✅ilmu fardu ain dan fardu kifayah perlu seiring
✅kepentingan berjemaah atau bermasyarakat
✅sentiasa bersangka baik dengan Allah
✅sentiasa mengingatkan diri yang kita adalah hamba Allah
✅sentiasa menggunakan kuasa untuk kebaikan
✅jangan salahguna kuasa
✅Ikhlas dalam melaksanakan tugas, dsb
Buku yang nipis tetapi berat untuk den☺️
Kena ulang baca lagi nanti ni.
Dulu den rasa Surah al-Kahfi ni jenuh hendak dibaca sebab 110 ayat.
Tetapi sebenarnya sekarang ini Surah al-Qamar yang 55 ayat itu adalah yang paling sukar untuk den baca.
Sebab sangkut di penutup setiap ayat hendak membaca ر (Ra) lagi-lagi yang berbaris di bawah.



Thanks for sharing semua nya KSarie. Moga dipermudah kan masa dan usaha untuk membaca Al Kahfi tiap Jumaat.
ReplyDeleteIn sya Allah sama-sama kita usahakan membaca al-Kahf setiap Jumaat
Delete"Nipis tapi berat"
ReplyDeleteLain maciam ni....
😅😅😅😅
Deletefuhh awal tahun dah habis baca satu buku.. terbaikk
ReplyDeleteHehehe harap berkekalan la semangat membaca ni
DeletePantasnya, sudah habis baca buku pertama. Terima kasih, atas perkongsian resensi buku ini. Ada yang kena dengan kisah saya hari ni, pertama kali kelas mengaji. Rasa berkarat otak saya ini. Malu juga dengan ustazah kerana saya lambat pick-up. Memang keluar dari zon selesa saya untuk belajar mengaji ini. Itu pun, belajar online. Kalau depan-depan, kalau ada lebih ramai orang, mahu tergagap-gagap saya. Terpanjang komen pula. 😊
ReplyDeleteTahniah Tot....berjaya keluar daripada zon selesa. Ustazah pesan belajar ilmu agama macam mengaji nih memang sepanjang hayat ceritanya. Jadinya terus semangat ye. KSarie sampai sekarang udah belajar mengaji hampir 6 tahun masih kelaut dalam progressnya😅
DeleteSaya tiap Jumat baca Al Kahfi tapiiiii sering sampai tamat 😂😂😂. At least 30 ayat Saja. Pernah sampai tamat, kalau saya baca dari sejak isya dikamis malam, sampai ashar di hari Jumat. Tapi kalau baca start subuh di hari Jumat, memang tak selesai 😄
ReplyDeleteYang penting kata ustaz jangan tinggal terus....buat apa yang termampu gitu kan🥰
Deletethanks for sharing inti buku. nampak menarik je! saya ni kena banyak baca buku ilmiah lah nampaknya..
ReplyDeleteBuku ilmiah kadang2 memang mendebarkan dan mengantukkan😅Biasa KSarie tertidur😅
Delete