Assalamualaikum dan salam Jumaat.
In sya Allah kita usahakan membaca Surah al-Kahf pada hari ini ye.
Den hendak kongsikan buku ketiga yang den berjaya baca pada bulan Januari 2026 ini.
📘🌸3/2026 Ensiklopedia Dari Bumi Nusantara Ke Piring Kita
📖64 mukasurat
✍️Maria Stephanie @ssshteffi
🎨Widyasari Hanaya @widyasari_h
🏫Koleksi Sendiri
Katanya buku ini disarankan untuk anak-anak berusia 9 tahun ke bawah tetapi den yang mak anak-anak pula yang jatuh cinta dengan buku illustrasi ni😅.
Walaupun 63 mukasurat sahaja tetapi sangat awesome kerana maklumat ringkas, padat dan berwarna-warni tentang:
🫒🌿🌾🪸 pelbagai jenis tumbuhan;
🍍🍇🌽aneka buah-buahan;
🌶️🫘🫚🍆🫛pelbagai sayur-sayuran;
🍲🥘🧆aneka makanan tempatan;
🫖☕kopi, teh dan jamu;
✅kegunaan flora sebagai peralatan dapur, alat muzik, bekas simpanan, dsb
🔖fakta sains - bakteria, mikroorganisma, nitrogen, pengawetan makanan, dsb
🗺️🇮🇩 Negara Indonesia yang merangkumi Sumatra, Pulau Jawa dan Bali, Kalimantan, Sulawesi, Nusa Tenggara, Maluku, Papua
✅sejarah eksport rempah ratus dari Indonesia
✅budaya, etnik, dsb di Indonesia.
🎨Ilustrasi keren banget.
❤️Walaupun perlu rujuk google banyak kali sebab ada perkataan yang tidak difahami tetapi den jatuh hati teruk kepada buku ini.
Ada teka silang kata - den dapat jawab 13/15😂Itu pun 50% kena rujuk semula maklumat dalam buku.
Buku yang menyebabkan rasa hendak buat wishlist menjelajah Indonesia bagi mencari semua makanan yang ada dalam buku ini.
Malaysia ada buat buku illustrasi pasal makanan macam ni ke?





0 comments