Resensi Buku Al-Quran Untuk Kita Oleh Muzuza

Assalamualaikum.

Buku kedua yang den baca bagi tahun 2026.

📘2/2026 Al Quran Untuk Kita
📖245 mukasurat
✍️Muzuza
🏫Koleksi Sendiri

Jika kita belum mahir membaca, belum mengetahui maknanya, belum memahami kehendak al-Quran, belum merasai kehangatan cinta terhadap al-Quran, maka usahlah kita segan dan malu untuk menadah tangan dan berdoa kepada Allah kerana Dia pasti akan melorongkan jalan-Nya untuk kita.

Buku yang membicarakan tentang sejarah penurunan al-Quran, musabab al-Quran diturunkan secara beransur-ansur berdasarkan situasi yang berlaku pada zaman Rasulullah saw, pelbagai mukjizat al-Quran, hikmah pembahagian surah, kenapa kita perlu membaca al-Quran, dsb.

Ada pelbagai kaedah untuk jatuh cinta kepada al-Quran sebagaimana di bahagian 2 buku ini.

Buku yang memujuk hati di kala masih terpleot bila masih tidak lancar membaca al-Quran.

Bahagian 3 buku ini adalah bahagian yang kena setepek dekat muka den yang selalu patah hati bila ditegur ustazah bila belajar mengaji😅.

✅Kesukaran dan cabaran dalam menuntut ilmu.

Untuk memahami al-Quran dengan molek, kena berguru kerana perlu melibatkan ilmu:
✅Bahasa Arab
✅Hadis
✅Sirah
✅Syariah

✅Jangan tinggal semua.
Kalau tidak boleh tadabbur, kita membaca al-Quran.
Kalau tidak sempat membaca al-Quran, kita mendengar alunan bacaan al-Quran oleh qari kegemaran kita.
Kalau tidak boleh hafal Surah al-Mulk, kita cuba hafal 10 ayat pertama Surah al-Kahfi.
Macam tuh la ye.
Jangan tinggal terus al-Quran begitu konsepnya.

✅Kefahaman adalah anugerah Allah.

Urusan kita adalah terus berusaha untuk mempelajari dan menuntut ilmu, manakala urusan memberi kefahaman adalah anugerah Allah.

Maka jangan berduka atau bersedih hati jika belum dikurniakan kefahaman secara serius. Ada hikmah di dalam bentuk keberkatan perjalanan menuntut ilmu dalam masa lebih panjang. Ambillah masa dan nikmatilah perjalanan di dalam mendalami al-Quran.

Nasihat di atas ini memang menusuk kalbu untuk den sebab den selalu tanya ustazah.
'Saya ni bila la nak pandai mengaji ni ustazah?. Sudah lama saya belajar tapi masih tak pandai-pandai'.

Ustazah yang banyak bersabar dengan den selalu bagi jawapan yang sama.
'Takpe...kan ada perubahan bila belajar mengaji. Jangan patah hati. Menuntut ilmu kan sehingga akhir hayat. Yang penting kita terus belajar dan berusaha memperbaiki diri'.

Siapa qari yang kome suka dengar bacaan al-Qurannya?
Den paling suka dengar bacaan oleh Syeikh Mishary Rashid Alafasy, qari yang berasal dari Kuwait.
Surah Al-Mulk oleh beliau syahdu sangat.

Kesimpulannya, kita perlu istiqamah belajar membaca, memahami, tafsir, tadabbur, khatam, dsb al-Quran secara berterusan sehingga akhir hayat.

Semoga akhirnya kita dimasukkan di dalam golongan yang sentiasa beramal dengan akhlak al-Quran.
Semoga al-Quran akan menjadi syafaat kepada kita di hari Kiamat.

Buku yang perlu diulang baca terutamanya apabila terpleot ketika sebutan huruf masih tidak tepat.

16 comments

  1. Saya usahakan juga tiap hari utk baca Alquran walau cuma sempat selembar. Yg penting tiap hari ada. Dulu zaman sekolah, Krn sempat di Aceh, trus high school di Al Azhar, yg merupakan sekolah agama, jadi banyak lah belajar Alquran di situ. Saya bersyukur juga. Walaupun skr ini hanya sempat baca. Tadabbur dll sudah tak baca 😔. Kecuali baca dari blog nya Abang Faizal, yg rutin buat tadabbur Alquran di blog nya . Sukaaaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Fanny. Banyak ilmu al-Quran nya tu sebab belajar di sekolah agama. Ada ke link untuk tadabbur oleh Abang Faizal itu?

      Delete
  2. ustaz muzuza ni antara yg saya suka baca ciapan beliau kat twitter. sangat berilmiah.
    kalau kalau lepas baca 1 page quran, pastu mesti baca translation. tpi tula, rasa mcm tak tadabbur betul2 pun. sepatutnya lebih elok setiap kali baca satu ayat tu, kita baca translation on the spot. barulah faham maknanya kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah KSarie pun sedang usahakan lepas membaca satu ayat terus baca tafsirannya. Hendak baca tadabbur masih sangkut lagi. Tadabbur Al-Fatihah pun belum selesai🥲

      Delete
  3. Setuju... Kalau kita baca dan faham ianya akan lebih bermakna dah dapat dihayati dgn baik.. 🤲🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yang sebaiknya kan tetapi itu la hendak mendidik hati untuk membuatnya itu memang mengambil masa yang agak panjang😊

      Delete
  4. Amiin kak. Terima kasih atas tulisannya, mengingatkan saya tentang pentingnya membaca al-Quran. Saya juga kalau ada masa lapang, pasti membaca al-Quran selepas solat fardu. Hati terasa tenang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sya Allah semoga kita dapat terus membaca Quran setiap hari ye

      Delete
  5. Yes! Keywordnya adalah istiqamah!

    ReplyDelete
  6. aminn, smoga dipermudahkn urusan kita dgn membaca alquran

    ReplyDelete
  7. Syeikh Misyary ni semua bacaan ya memang syahdu. Moga kita istiqomah membaca Al Quran setiap hari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha suara beliau mendayu-dayu je kan. In sya Allah semoga kita dapat membaca Quran setiap hari

      Delete
  8. Bagus buku ni, mungkin saya nak kena cari juga, nak cari semangat mengaji.
    Macam hari ni, rasa macam retarded pun ada, sebab nak biasakan salah sebut huruf Jim, saya sebut ada angin selama ini. Kena betulkan. Lidah tu kena bawa ke tengah lelangit dulu. Aduh.. kita tak biasa. Semoga kita terus kuat ya, KSarie, untuk terus usaha mengaji dan dekatkan diri dengan Al-Quran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha semoga terus kuat semangat ye Tot. Memang benar kata ustazah, mengaji ni pembelajaran sepanjang hayat. Good luck dengan kelas mengajinya ye Tot

      Delete