Resensi Buku Apabila Khadir "Bertemu" Zulqarnain

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Den kongsikan buku pertama den berjaya habiskan baca untuk tahun 2026 ye.

📘1/2026 Apabila Khadir "Bertemu" Zulqarnain

📖112 mukasurat

✍️Syaari Ab Rahman

🏫Koleksi Sendiri

 "Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan diterangi oleh cahaya di antara dua Jumaat (hingga hari Jumaat minggu hadapan)"

Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi

Antara intipati daripada buku ini:

Nabi Musa a.s. bermusafir untuk belajar dengan Khadir pada umur 80 tahun. Zulqarnain bermusafir untuk menyebarkan ilmu.

setiap orang perlu beramal dengan ilmu.

ada hikmah yang kadang kala tidak terjangkau oleh akal fikiran daripada sesuatu perkara yang berlaku di dalam kehidupan kita.

semua orang perlu berlapang dada menerima ilmu dan tunjuk ajar samada daripada mereka yang lebih tua atau mereka yang lebih muda

kadang kala perlu keluar dari zon selesa untuk perkara yang lebih baik

ilmu fardu ain dan fardu kifayah perlu seiring

kepentingan berjemaah atau bermasyarakat

sentiasa bersangka baik dengan Allah

sentiasa mengingatkan diri yang kita adalah hamba Allah

sentiasa menggunakan kuasa untuk kebaikan

jangan salahguna kuasa

Ikhlas dalam melaksanakan tugas, dsb

Buku yang nipis tetapi berat untuk den☺️

Kena ulang baca lagi nanti ni.

Dulu den rasa Surah al-Kahfi ni jenuh hendak dibaca sebab 110 ayat.

Tetapi sebenarnya sekarang ini Surah al-Qamar yang 55 ayat itu adalah yang paling sukar untuk den baca.

Sebab sangkut di penutup setiap ayat hendak membaca ر (Ra) lagi-lagi yang berbaris di bawah.

 

12 comments

  1. Thanks for sharing semua nya KSarie. Moga dipermudah kan masa dan usaha untuk membaca Al Kahfi tiap Jumaat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sya Allah sama-sama kita usahakan membaca al-Kahf setiap Jumaat

      Delete
  2. "Nipis tapi berat"
    Lain maciam ni....

    ReplyDelete
  3. fuhh awal tahun dah habis baca satu buku.. terbaikk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe harap berkekalan la semangat membaca ni

      Delete
  4. Pantasnya, sudah habis baca buku pertama. Terima kasih, atas perkongsian resensi buku ini. Ada yang kena dengan kisah saya hari ni, pertama kali kelas mengaji. Rasa berkarat otak saya ini. Malu juga dengan ustazah kerana saya lambat pick-up. Memang keluar dari zon selesa saya untuk belajar mengaji ini. Itu pun, belajar online. Kalau depan-depan, kalau ada lebih ramai orang, mahu tergagap-gagap saya. Terpanjang komen pula. 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah Tot....berjaya keluar daripada zon selesa. Ustazah pesan belajar ilmu agama macam mengaji nih memang sepanjang hayat ceritanya. Jadinya terus semangat ye. KSarie sampai sekarang udah belajar mengaji hampir 6 tahun masih kelaut dalam progressnya😅

      Delete
  5. Saya tiap Jumat baca Al Kahfi tapiiiii sering sampai tamat 😂😂😂. At least 30 ayat Saja. Pernah sampai tamat, kalau saya baca dari sejak isya dikamis malam, sampai ashar di hari Jumat. Tapi kalau baca start subuh di hari Jumat, memang tak selesai 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang penting kata ustaz jangan tinggal terus....buat apa yang termampu gitu kan🥰

      Delete
  6. thanks for sharing inti buku. nampak menarik je! saya ni kena banyak baca buku ilmiah lah nampaknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buku ilmiah kadang2 memang mendebarkan dan mengantukkan😅Biasa KSarie tertidur😅

      Delete