Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sementara hendak mencipta kenangan di tahun 2026 ini, den cerita la kisah-kisah 2025 yang masih belum sempat diceritakan.
Tahun 2025 den pergi Kuching, Sarawak 3 kali.
Kali pertama pergi berjimbaan dengan konco-konco jiran tetangga pada Mei.
Dua kali lagi pergi asbab kerja pada Disember.
Sebenarnya kalau tahu ada technical trips 2 kali ke Kuching pada Disember, den akan pilih tempat lain untuk berjimbaan dengan konco-konco😅.
Tapi dianya bila outstation kerana kerja ni kita kurang dapat berjalan sebab jadual terikat dengan perkara-perkara rasmi.
Kalau kome ke Kuching mohon makan di Restoran Mom's Laksa.
Lokasi dia di kawasan bandar Kuching.
Semasa berjimbaan dengan jiran-jiran 4H3M di Kuching, kami makan di restoran ini 3 kali😅.
Sebab konco-konco berkenan dooh dengan restoran ini.
Makanan dia serius sedap kena untuk tekak kami bertiga.
Menunya memang macam-macam ada.
Tajuknya kome pilih aje la yang berkenan di hati.
Daripada makanan tradisional Sarawak, makanan Nusantara semuanya ada.
Kami pertama makan di sini, kami makan tengahari Mee Kolok Daging, Laksa Biasa dan cucur udang.
Semuanya ada rasa.
Mee Kolok Dagingnya memang molek benar.
Dagingnya lembut.
Laksa Sarawaknya memang awesome.
Kuahnya pekat memikat.
Udangnya segar.
Cucur udang tidak berminyak, rangup dan terasa udangnya.
Hari yang sama kami datang pula untuk makan malam.
Kalau dalam satu hari pergi makan sampai 2 kali di kedai yang sama.
Maknanya memang berkenan dooh la kan😅.
Kali ini kami makan nasi aruk dan nasi ayam gepuk.
Nasi ayam gepuk itu bagi den sedap tetapi boleh ditemui di kedai ayam gepuk yang tumbuh bak cendawan di Malaysia ini.
![]() |
| Dua gambar di atas adalah Nasi Aruk Terubuk Masin yang sedap teruk macam nak pengsan |
Tetapi Nasi Aruk Terubuk Masin memang sangat win.
Ikannya garing.
Bahan macam serunding tu mantap teruk sampai jiran den tanya resepi la😅.
Hari terakhir kami singgah makan Nasi Aruk sekali lagi sebelum ke lapangan terbang.
Jatuh cinta sungguh dengan Nasi Aruk Terubuk Masin tu😅.
Masa lawatan teknikal tengok burung hijrah pun kami dibawa makan Laksa Sarawak istimewa bersama teh 3 layer di sini.
Laksa Sarawak ada diletakkan pepahat dan sotong.
Memang ngam teruk cuma den kurang berkenan dekat sotong itu.
Selalu rasa hendak tercekik makan sotong macam ni.
Lagipun rasanya memang sedikit kureng untuk tekak den.
Makanan dia semua ada rasa.
Memang sedap.
Harga mampu milik berbaloi dengan rasa.
Desserts dia pun nampak mengancam.
Tapi itu la tidak sempat makan.
Jadinya adakah harus pergi Kuching lagi untuk makan di sini😅.
In sya Allah kalau ada rezeki ke Kuching lagi satu hari nanti hendak makan Nasi Aruk di restoran ini.
Kome kalau ke Kuching mohon singgah makan di sini.
In sya Allah berbaloi.
Asbab menulis post ini udah den google mana hendak makan makanan Sarawak yang authentic di Shah Alam ni😅.


















Confirm sedap kalau makan tempat sama dua kali dalam sehari. Seronok dapat pergi bercuti dengan jiran tetangga. Tak pernah makan lagi laksa sarawak.
ReplyDeleteLaksa Sarawak untuk KSarie rempah dia meriah sungguh. Kalau suruh pilih antara Laksa Sarawak dan Mee Kolok, KSarie pilih Mee Kolok
DeleteNama dia 'Laksa Biasa' tapi tampak istimewa.... 🤤
ReplyDeleteHa bahan-bahannya pelbagai
DeleteMom's Laksa no famous dekat sana kan. Kita ni asyik jamu mata je la dgn laksa Sarawak ke nasi aruk ke, sampainya belum pernah ☺️
ReplyDeleteIn sya Allah satu hari nanti ada rezekinya. Jangan lupa singgah di Moms Laksa kalau ke Kuching ye😊
Deletewah sdp dan special sungguh makanan di restoran ni, insyaAllah ada rezeki ke kuching sha akan singgah sini..bookmark entry ini :)
ReplyDeleteHa memang molek food nya. In sya Allah berbaloi
DeleteNampak sedap2 menunya
ReplyDeleteMemang sedang elok dekat tekak saya
Deletewahhh sedapnya semua. saya ni penggila laksa sarawak tau. teringin sangat nak ke sarawak sbb negeri dia je yg saya belum sampai lagi kat malaysia ni.
ReplyDeleteyg nasi aruk tu, ikan dia mmng ikan masin lah ye? nampak sedap, tapi saya tak makan sangat ikan masin huhu
Ikan terubuk masin dalam nasi aruk ni tak masin langsung. Garing dan berlemak. Boleh jadikan Sarawak sebagai destinasi berjimbaan untuk tahun 2026 ni
DeleteSelain Mom Laksa ada juga King Laksa Sarawak...tidak dinafikan kedua-duanya memang sedap
ReplyDeleteOooo kena siasat nanti satu hari kelak yang entah bila tu😅Terima kasih atas maklumatnya
Delete3 kali tu maknanya 3 thumbs up la..!! terbaik
ReplyDeleteMemang 😋😋😋
DeleteNampak entry ini, teringat pernah makan laksa sarawak ada dalam gambar...rindunya..
ReplyDeleteBoleh plan ke Sarawak lagi cikgu untuk menikmati makanan Sarawak
DeleteNampak sedap semuanya,, lapar pula haha
ReplyDeleteHehehee ayuh cari kedai masakan Sarawak
DeleteLaksa Mom’s ni memang nampak padu, kuah pekat dan meriah dengan bahan. Sesuai betul jadi port makan santai kalau singgah Kuching.
ReplyDeleteIn sya Allah memang puas hati😋
DeleteTak menahan tekak menonton semua yang difoto ni KSarie, sedap sangat apalagi KSarie dah kata sedap. Moga dapat repeat ke Kuching lagi Insyaa Allah.
ReplyDeleteLaksa Sarawak + pepahat dan sotong tu memang first time tengok. Aduii rasa nak terbang ke Kuching.
Ha....boleh ke Kuching 2026 ni😊
Deletemana mee kolok nye., hehe
ReplyDeleteAda terselit di gambar nombor 9 itu😊
DeletePernah makan di sini masa saya ke Kuching. Tempat cantik, makanan sedap!
ReplyDeleteNasi Aruk saya tak sempat cuba, asyiklah ulang makan laksa Sarawak sebab suka sangat 😀
Next time kalau ke sini kena cuba Nasi Aruk ye. Memang 😋
DeleteHaha.. kelakar pulak baca "Bahan macam serunding tu".. tu sambal belacan.. cucur udang sini sedap kan?
ReplyDeleteOooo sambal belacan ye. Bertuah KSarie ni makan je taunya😅Ha cucur udang dia molek kena dengan tekak
DeleteSaya memang sukaaaaa kalau laksa Sarawak. Dari awal coba, di Dapur Sarawak KL, saya langsung memfavoritkan itu sebagai laksa paling sedaaaap 😄😄.
ReplyDeleteMakanya bucket list saya itu nak ke Sarawak dan Sabah kak. Penasaran sangat dengan 2 kota ini. Asik KL dan Penang yg saya visit 🤣
Mom laksa pernah ditulis juga oleh Carneyz, dan memang diapun bilang sedap. Wajib dicoba.
Tapi kalau menu Indonesia macam ayam geprek, gepuk, penyet, tak mungkin saya coba. Mending makan di dekat rumah kalau itu 😂😂. Menu khas sana lah yg saya pasti tertarik.
Mesti pergi Sabah dan Sarawak next time ya Fanny kerana kulinernya unik dan sedap. Pasti Fanny suka😍
Delete