Fabulous February

Assalamualaikum dan selamat malam.

Semoga kita semua sembuh daripada luka-luka yang kita tidak ceritakan kepada orang lain.

Semoga kita sentiasa di bawah rahmat Allah.

Semoga Februari kita molek sokmo.

Apa rancangannya untuk Februari ini?


Untuk kita umat Islam sudah pasti berharap dapat bertemu Ramadan yang dijangka bermula pada 19 Februari 2026.

In sya Allah semoga Allah izinkan kita bertemu dengan Ramadan 2026 dan agar Ramadan tahun ini menjadi Ramadan yang terbaik untuk kita.

Ada yang merancang hendak JJCM semasa cuti umum Chinese New Year yang jatuh semasa cuti sekolah 1 minggu?

Molek juga kalau dapat berjalan-jalan dan makan-makan sebelum Ramadan tiba kan?

Tapi pasti ramai orang di sana sini kan😅?


Februari 2026 ini juga unit kami perlu mengucapkan selamat tinggal kepada 2 orang team members yang akan berpindah ke unit lain.

In sya Allah unit kami akan menerima 8 orang ahli pasukan baru.

Semoga semuanya dapat bekerjasama dengan baik di dalam melaksanakan amanat rakyat Selangor.

Ayat gomen dikesan di situ😅.


Harapnya dapat la berzumba semula😅.

Entah kenapa la perkara yang satu ini liat sungguh.

Geram kadang-kadang tu😅.

Semoga ada banyak sesi untuk main Shahiba dengan kiddos di bulan Februari 2026 ini

Harap sesi membaca dapat diteruskan biarpun sehelai mukasurat setiap hari.


In sya Allah 26 Februari nanti keputusan UPKK akan diumumkan.

Nanti tengok result anak bertuah yang demam sepanjang exam hari tu.


Selebihnya we just go with the flow begitu ye.

Apa perancangan kome Februari ini?

Semoga terlaksana semuanya ye.

Semoga Februari kita fabulous dan awesome.

Jaga diri semua.



12 comments

  1. Sukanya ayat first paragraph tu ☺️
    Okay, sy nak try baca buku 1 ms 1 hari juga, at least. Tq bagi idea KSarie 🫰🏻

    ReplyDelete
  2. tak lama je lagi kita nak menyambut Ramadan. semoga dipanjangkan usia untuk bertemu Ramadan kali ini.

    ReplyDelete
  3. Oh, ada cuti sekolah rupanya di bulan Februari. Semoga kita dapat jumpa ramadan, dan yang baik-baik belaka di bulan Februari. Saya nak masuk bulan puasa ni, mulalah rasa sayu. Best, KSarie dapat main sahibba dengan anak-anak. Tangan tunjuk thumbs up mesti ada, ya! 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha betul tuh. Bila masuk Ramadan memang extra sayu lagi-lagi bila terkenangkan orang yang telah pergi dahulu terutamanya arwah mak, abah, atok dan ibu mertua

      Delete
  4. Aamiin Ya Rabbal Aalamiin. Moga tabah tenang redha buat kita semua. Memang padat juga otak ni dengan berbagai hal suka duka. Allah sayang kita dengan ujian sekumitnya kan KSarie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tuh cuma kadang-kadang bak kata Saidina Umar takdir Allah selalunya baik walaupun kadang-kadang perlu air mata untuk menerimanya🥲

      Delete
  5. Semoga dilancarkan bulan februari nya kaaaak 😍😍🎉.

    Saya hanya nak fokus dengan Ramadhan lah. Ada janji memang nak buka puasa dengan teman travel akhir feb ini. Tp hanya itu saja. Biasanya memang saya malas kluar kalau puasa, apalagi buka di mall.

    Haduuuuh susaaah sangat nak sholat, sebab musholla mall pasti ramaaaai. Ini hanya Krn yg ajak sahabat baik, okelaah saya mau. Tp cuma kali ini 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. KSarie pun suka berbuka di rumah sahaja kerana tidak mahu ribut berebut musholla

      Delete
  6. Hm februari macam takde plan apa2. Tapi saja amik cuti extra sehari time raya cina sebab nak bermalasan dkt rumah. Tengokla nanti cuti bersambung 5 hari tu nyongkit kat mana :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mazni tuh pasti nyongkit ke mana-mana tu kan sebab macam tak percaya dia akan boleh melingkar di rumah 5 hari😅

      Delete