Berkelah di Taman Tasik Shah Alam

Den dah pernah bawa kiddos ke Taman Tasik Shah Alam beberapa kali tapi first time berkelah kat sini walaupun dah menetap di Shah Alam lebih 17 tahun.
Dah berangan-angan nak pindah ke tempat lain baru la terdetik hati nak berkelah kat sini. Kalau tak buat dek je sebab take for granted yang Taman Tasik Shah Alam akan setia menunggu, dekat je pun dengan ofis camtuh la.

Makanya Ahad lepas gigih la ye lepas subuh den masak bekal untuk dibawa berkelah tuh ha. Padahal masak nasi goreng je dan cucur bawang je pun hehehehehe. Boleh je la nak tapau je nasi lemak atau apa-apa kat kedai yang ada bawah rumah tuh ha tapi tuh la, teringin nak makan nasi goreng cili kering tuh yang sebenarnya tuh.
Den siap cilok kanvas buong sebab tak jumpa tikar.
Bila sampai je kat Taman Tasik Shah Alam dalam pukul 8.15 am, ada pula bench dan meja yang kosong. Makanya berkelah kat situ je la tanpa menghamparkan kanvas di tepi tasik. Elok la juga kan kalau tak buruk bebeno la berkelah dengan kanvas tuh ha. Tak hipster sungguh.

Tapi tuh la di kala den sakan dok makan nasi goreng cili kering sambil memantau budak-budak main, rasa macam terpleot plak sebab berenyut-renyut manusia dok berjogging di kawasan tasik ni. Rajin sungguh depa bersenam.

Taman Tasik Shah Alam ada Jambatan Kanopi la. Nih antara pembaharuan yang ada di sini selepas Taman Tasik ni ditutup untuk seberapa ketika bagi kerja-kerja menaiktaraf dan tambahbaik. Dah makin cantik Taman Tasik Shah Alam ni k. Ada mini menara tinjau. Tandas pun baru. Surau pun molek kedudukan dekat dengan kawasan playground. Ada jalan raya kecil untuk kanak-kanak naik basikal dan skuter yang siap dengan lampu isyarat bagai.
Den paling suka Jambatan Kanopi ni. 2 kali den dan kiddos naik jambatan ni. 

Masa nak naik Jambatan Kanopi tuh, anak-anak den seiya sekata: "Mama jangan naik dulu tau jambatan, bagi kitaorang lalu dulu. Mama kan berat, nanti jambatan ni putus kalau mama naik sekali dengan kitaorang".

Nasib baik mama korang bukan hati tisu k. Kalau tak sure mama dah cari Batu Belah Batu Bertangkup.
Siap ada gelongsor kat jambatan kanopi ni ye
Berjaya heret kiddos pusing Taman Tasik ni sekali tapi bagai nak pengsan rasanya padahal jalan perlahan-lahan je pun.
Di menara tinjau
View dari menara tinjau
Budak pakai seluar terbalik dalam misi mencari kura-kura
Cantik reflection ni
Budak banyak akal dah tak larat nak berjalan hehehehhehee
Sesi berkenalan bersama tebuan
Siap singgah ke PKNS sekejap sebab upahkan budak-budak mainan sebab menemankan mama berjalan-jalan mengambil angin.
Dari PKNS tuh hampir-hampir nak naik grab balik ke Taman Tasik sebab macam tak larat menapak tapi dipaksakan juga.

Akhirnya sampai juga menapak sehingga sampai semula ke tempat makanan ditinggalkan.

In sya Allah sebelum kitaorang saying goodbye to Shah Alam, den akan cuba datang ke sini bersama kiddos selarat yang mungkin tapi dah malas la kot nak bawa food sebab budak-budak ni bukan nak makan sangat pun, sibuk naw mainnya. Next time kita beli je food yang ada dijual kat kawasan ni.

Kalau korang berjalan-jalan di Shah Alam, make sure singgah ke Taman Tasik nih ye. Paling kurang naik Jambatan Kanopi tuh k.

No comments:

Powered by Blogger.