Bilik hotel dia ada dua jenis. Ada yang sebuah bungalow atau bilik di bangunan dua tingkat. Hotel nih low density sebab dia ada 5 buah bungalow dan 4 buah bilik di bangunan 2 tingkat tuh. Memang bila penuh pun, tak ramai orang sebab bilik dia 9 buah je semuanya.
Kaunter check in dan check out
Bungalow tempat penginapan
Masih di perkarangan reception counter

RM 140/malam bagi hotel yang superb siap breakfast untuk 2 orang nih memang sangat berbaloi dengan lokasi yang sangat strategic dan berhadapan dengan laut.

Kitaorang dapat bilik di tingkat atas di bangunan 2 tingkat tuh. Best sebab bila duduk di beranda boleh rasa tiupan angin yang sangat best. Dekat beranda depan bilik disediakan kerusi malas, coffee table dan kerusi untuk kita melepak kat situ. Memang best melepak kat situ sebab terasa hembusan @ tiupan angin laut.
Den duduk di tingkat atas bangunan nih
Penginapan versi bungalow
Depan bilik untuk berehat-rehat. Best lepak kat sini sambil melayan angin sepoi-sepoi bahasa
View dari beranda dekat bilik

Buku-buku yang disediakan oleh hotel
Bilik hotel sangat best dengan katil yang tinggi gila. Tilam sangat empuk. Memang best tidur k. Den memang tidur pengsan sepanjang 2 malam kitaorang kat sini.

Bilik luas. Memang boleh berlari-lari. Kalau setakat ada anak 2 orang macam den nih ha memang selesa sangat duduk di hotel nih.

Hotel nih pun tak disediakan televisyen.

Tiada disediakan air mineral.

Bilik air dia sangat besar. Macam kosong pun ada sebab hanya ada toilet, sinki dan shower. Kalau dia letak bath tub tentu lagi mantop.

Bekalan air di sinki, shower dan toilet di bilik air adalah air masin. Terkujat masa mula-mula kumur mulut sebab terasa masin. Member den kata berdasarkan maklumat daripada beberapa blogs yang dia baca macam water supply di kebanyakan hotel di Nusa Lembongan dan Nusa Ceningan adalah air laut.

First time experience in my life berasosiasi dengan air masin macam nih. Kesat rasa badan bila mandi. Rambut memang keras kejung gila. Kalo sapa yang rambut panjang ikal mayang tuh lagi haru la gamaknya.

Hotel nih memang sangat cozy.


Pemandangan dan tempat melepak depan hotel nih yang paling best den rasa.
Boleh lepak di sini juga kalau tak nak melepak atas beans tuh
Antara my favourite photo

Breakfast boleh pilih samada nak set telur + roti + fruits + tea @ coffee atau lempeng pisang + roti + fruits + tea @ coffee. Makan plak sambil mengadap laut. Memang heaven sangat rasanya.
Breakfast with the view gittew
Lempeng pisang @ banana pancake
Breakfast sepanjang 2 hari kat sini
Will stay here again bila terdatang ke Nusa Lembongan lagi.
A very nice hotel

0 Comments