Melasti @ Unggasan Beach nih terletak di sebelah Pandawa Beach.

Jalan nak ke sini walaupun cantik tapi agak sedikit ngeri bila nak menyampaikan ke pantai sebab ada sedikit berlubang di sana sini. Just make sure sapeda motor yang disewa tuh brake nya elok je la ye.

Masa kitaorang datang, kawasan nih masih takde ramai pelancong. Den agak kawasan pantai nih nanti akan dikenakan bayaran masuk, etc sebab dah nampak ada pintu gerbang, 2,3 orang menjaja makanan, etc. Rasanya tak lama lagi akan dibina toilet, gerai makan, etc di sini.


Air surut masa kitaorang sampai sini. Ada je orang mandi kat laut yang ketengah sedikit. Ada banyak batu berlumut kat sini. Air laut yang tertakung di antara celahan batuan adalah sangat jernih.

Rasanya dalam 1 jam juga kitaorang melepak kat pantai nih celup-celup kaki dalam air laut sambil skodeng makwe dan pakwe orang putih yang sakan mengambil gambar kat sini. Lebih kepada skodeng makwenya sebab dia pakai bikini dan badannya cantik takde lemak pun kat perut k. Kecik hati den.

Kitaorang naik ke kawasan tertinggi kat pantai nih untuk tengok pemandangan. Memang cantik.
Den suruh member den buat wedding dia kat banglo tuh hehehehhe
Den suka gambar nih
Tangga yang tidak mengerikan untuk naik ke puncak tertinggi

Sesiapa yang datang ke Pandawa Beach, boleh sahaja singgah di sini sebab sebelah menyebelah je pun.

Pantai yang sangat best untuk melepak sambil bergosipan.

0 Comments