Movie Review Ejen Ali The Movie 2 Misi Satria
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Eh sakan pula den update blog ye😅?
Cuti sekolah ni kome ada program apa?
Ada bawa anak-anak bercuti ke?
Disebabkan den melapor diri di unit baru hari ini 3 Jun 2025, makanya satu bulan ni macam tidak boleh cuti sebab hendak beradaptasi begitu.
Eceh😅.
Jadinya cuti sekolah ini den tidak ada rancangan ke mana-mana.
Cumanya kelmarin den minta dua orang anak bertuah tuh teman den tengok wayang Ejen Ali The Movie 2 Misi Satria.
Bukan den yang teman deme tengok wayang tau.
Deme yang teman den😅.
Budak-budak bertuah ni sebenarnya udah tidak berminat hendak tengok wayang.
Deme lagi suka tengok tab dekat rumah.
Tak happening betul budak-budak generasi yang latest ni kan😅?
Kesimpulannya 5/5 bintang dari den.
Dua orang anak bertuah den tuh bagi 4.5/5 bintang.
Sila bawa anak-anak, anak-anak saudara, dsb tengok movie ini ye.
In sya Allah berbaloi.
Dari mula awal Bismillah penuh aksi sehingga ke akhir cerita.
Tidak sempat hendak terbosan sedikit pun.
2 jam tidak terasa berlalu sebab ceritanya awesome.
Jalan cerita mantap walaupun agak cliché apabila melibatkan superhero dengan adikuasa.
Tapi hendak dibuat macam mana lagi kan jalan ceritanya pun.
Untuk kanak-kanak memang ditanamkan dalam minda walaupun kome superhero, tetaplah juga perlu pergi sekolah dan belajar, buat ulangkaji dan latih tubi, jawab soalan peperiksaan, menghormati guru, jujur dan Ikhlas dalam persahabatan dan sebagainya.
Ditekankan juga semangat bekerjasama dalam pasukan, tidak mengalah, semangat juang yang tinggi, sentiasa bangun apabila terjatuh, tolong menolong dan sebagainya.
Movie yang menghiburkan.
Kuasa Ali dan Alicia lebih mantap dan pelbagai.
Cuma bila Ali bertukar jadi Satria, udah tidak nampak manusia.
Udah menjadi ala-ala robot begitu.
Kata anak-anak den Satria tuh rupanya macam Atom dalam Real Steel😅.
Den terasa ada sedikit vibes X-Men dan Avengers di dalam movie ini.
Ada pergerakan seperti Spiderman semasa Ali berlawan.
Ada ejen-ejen yang mempunyai gaya Night Crawler dan Gambit.
Salah seorang penjahat mengingatkan den kepada Dr. Octopus.
Bila Ali hendak bertukar menjadi Satria, ada vibes Venom di situ.
Di penghujung cerita, ada sedikit vibes KDrama😅.
Walau bagaimanapun, movie ini memang awesome untuk kanak-kanak dan orang dewasa.
Mengundang perbincangan di dalam kereta selepas habis menonton.
Antaranya kenapa Ali sahaja yang mampu override Iris tetapi Alicia tidak dapat buat begitu?
Kenapa Ali selalu tidak mahu dengar nasihat Alicia?
Sebenarnya daripada segi kemahiran berlawan, kemahiran menafsir situasi, merancang strategi dan melaksanakan misi serta sebagainya, siapa yang lebih mantap? Ali ke Alicia?
Adakah Ejen Rizwan akan buat come back dalam Ejen Ali The Movie 3?
Untuk orang tua macam den nih ha, den pandang Ejen Ali The Movie 2 Misi Satria dari sudut yang sedikit berbeza.
Bagi den yang udah 47 tahun hidup di dunia ini, den nampak movie ini membentangkan realiti semasa kehidupan.
Pemimpin yang mempunyai kuasa tetapi tidak bijak dan waras mentadbir Cyberaya akan mencetuskan ketidakharmonian, huru hara dan menyebabkan kesengsaraan serta kemusnahan kepada rakyat dan negara.
Hangin den tengok Dato’ Othman tuh.
Dasar perangai seperti kebanyakan ahli politik kita.
Eh😅.
Protokol Pulau - apabila berlaku bencana, kemungkinan besar pemimpin akan melarikan diri bersama-sama dengan orang-orang terpilih yang ada kepakaran untuk menyelamatkan diri dan membentuk semula negara (kata deme la) adalah sangat tinggi. Yang rakyat marhein macam kita ni tidak diberikan maklumat sebenar apa yang berlaku. Maka terkontang kanting lah menyelamatkan diri sendiri. Kalau terkorban kira nasib la macam tu.
Orang yang berusaha bersungguh-sungguh membuat kerja kadang kala tidak dihargai dan dipinggirkan.
Ini banyak berlaku bukan sahaja dalam drama tetapi dalam kehidupan harian lagi-lagi di tempat kerja.
Mereka yang bagus tetapi cuba beat the system akhirnya terkeluar dan mungkin menjadi rebel yang cuba memperjuangkan kebenaran dengan cara tersendiri, disalah sangka atau mereka yang tersalah arah akan terjebak menjadi villain.
Penjahat atau orang yang mengkhianati selalunya adalah mereka yang dekat dengan kita atau mereka yang berada di dalam organisasi.
Partner in crime sememangnya diperlukan agar kita dapat melalui hidup yang lebih ceria.
Memang pecah panggung ye Ejen Ali The Movie 2 Misi Satria ni.
Penuh panggung dari tempat duduk belakang hingga ke depan.
Dekat AEON Bukit Raja ada 7 panggung.
4 panggung memang dedicated untuk Ejen Ali The Movie 2 Misi Satria sahaja.
Den suka je hendak menyokong filem tempatan kalau kualitinya standing Ejen Ali The Movie 2 Misi Satria ni.
Masa Ejen Ali The Movie 1 pun den tengok wayang juga.
Den cuma tidak berdaya hendak sokong filem tempatan kalau ceritanya macam Mat Kilau dan seangkatan dengannya.
Trauma rasanya😅.
Tahniah kepada semua yang terlibat dengan penghasilan Ejen Ali The Movie 2 Misi Satria.
Lama la lagi ye hendak tunggu Ejen Ali The Movie 3😅.
Ejen Ali The Movie 2019.
Ejen Ali The Movie 2 Misi Satria 2025.
Gamaknya Ejen Ali The Movie 3 2030 kot ye😅.
Sama la macam movie Spider-Man.
Into the Spider-Verse (2018).
Across the Spider-Verse (2023).
Movie Beyond the Spider-Verse tahun 2027😅.
Nampaknya sementara menunggu movies yang confirm pecah panggung macam Ejen Ali The Movie 3 dan Beyond the Spider-Verse, terpaksa la tengok movie yang tidak la ditunggu sangat tapi boleh la buat mengisi masa lapang begitu😅.
In sya Allah movies yang den rancang hendak tengok adalah How To Train Your Dragon (Jun 2025) dan Jurassic World Rebirth (Julai 2025).
How To Train Your Dragon ni tak tau la boleh setanding dengan movie animasi tahun 2010 tapi tengok trailernya agak promising.
Ada Gerald Butler😅.
Jurassic World Rebirth ni memang tidak boleh buat apa la kan.
Walaupun sepesen jalan ceritanya tetapi sebab ada dinosaurs, makanya memang budak-budak ni hendak tengok.
Den tengok Scarlett Johannson yang cantik tuh je la nanti😅.
Akhir kata sila tonton Ejen Ali The Movie 2 Misi Satria.
Worth every penny.
0 Comments