Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Eh tetiba terajin pula menulis ye hehhehehehee.

Biasanya 1 minggu sekali hendak update blog pun sudah cukup baik😅.

 

Saja hendak simpan kenangan kisah mengemas bilik untuk berpindah ke unit baru.

Ada 2,3 orang kawan tanya ‘apa yang engkau mengemas tidak habis-habis😅?’

Barang-barang 9 tahun hendak dikemaskan dalam tempoh 2 minggu.

Dalam masa yang sama tetap kena buat kerja hakiki.

Pergi mesyuarat, lawatan tapak, tengok surat, dsb.

Memang la caca merba kejadiannya😅.

Punya la banyak barang yang perlu dikemaskan😅.

Hanya di satu sudut
Fail yang kena tengok satu per satu. Ada 4 laci dokumen macam ni

Barang banyak itu udah satu hal.

Barang-barang yang mengundang walking down on the memory lane itu yang buat extra lambat😅.

Den jelas sangat konsep barang yang lepas usah dikenang.

Cuma itu la orang melancholy macam den nih ha memang sokmo terpleot😅.

Jadinya asal terjumpa dokumen ke barang yang mengundang sorotan memori, den terpana la sekupang dua sebelum sambung mengemas.

 

🌸Surat kelulusan 2004 untuk lawatan teknikal yang consultant adamant hendak bawa juga den😅.

🌸1 fail penuh dokumen peribadi arwah seorang officemate yang den rapat. 13 Julai 2025 genap 8 tahun beliau meninggal dunia. Mohon sedekahkan Fatihah kepada arwah Zolhezam bin Mohammed Yusoff.

🌸2 surat tunjuk sebab kenapa tidak hadir diskusi meja bulat ala-ala knight templer begitu - hantu kubur betul😅. Bila terjumpa surat-surat ni haruslah kena bergossip dengan konco-konco sekupang dua kan😅.

🌸Fail kursus di Jepun. Asbab kursus ni den kena let go trip Pakistan dengan konco-konco yang sudah dirancang 1 tahun awal🥲.

Berenyut dokumen kajian perlu diuruskan

🌸Kajian jeti Sekinchan yang den kena buat pembentangan merata walaupun kajiannya lebih kepada kejuruteraan. Den ni background alam sekitar. Berpeluh jantan la menjustifikasi bagai.

🌸Lawatan tapak dengan Polis Bukit Aman untuk naik taraf 4 balai polis di Kuala Selangor. Ini memang one of its kind punya site visit sebab siap ada pegawai bersenjata bagai. Ala-ala macam berada di set Gerak Khas gittew😅.

🌸Dokumen yang ada tandatangan seorang pegawai yang berpatah arang berkerat rotan dengan ofis den. Dia antara pegawai terbaik yang ofis den pernah ado. Kerugian buat ofis sebenarnya melepaskan pegawai yang boleh buat kerja macam beliau. Terkenang zaman kami jadi bidan terjun urusetia utama masa lawatan teknikal program perubahan iklim Asia Tenggara. Bidan terjun yang bukan calang-calang😅.

 

🌸Program Network Asian River Basin Organization Benchmarking.

🌸Penerbitan journal antarabangsa berkaitan pengurusan kelip-kelip di Negeri Selangor. Untuk orang yang hendak update blog pun bercinta😅, ini memang sesuatu yang tidak diduga.

🌸Gambar ukuran pasport kiddos masa depa kecil. Innocent nak mati rupa deme. Tergelak den tengok gambar ni.

🌸Kotak hadiah birthday ke 44 tahun daripada my bestfriend.

🌸Dokumen permohonan hendak sambung PhD yang tidak disokong oleh Pemangku Pengarah pada September 2015. Ini mengundang drama air mata sebentar. Nampak benar den patah hati ye🥲; dsb.

Tinggal kenangan

Macam mana la kan tak habis-habis mengemasnya.

Banyak sangat mengimbau kenangan😅

Dokumen-dokumen rasmi yang perlu diuruskan ada dalam 2 almari.

Laporan kajian dan sebagainya 1 almari.

Kena tengok dokumen mana yang perlu diberikan kepada pegawai baru yang hendak mengambil alih tempat den.

Dokumen yang boleh ditinggalkan untuk pegawai yang masuk ke bilik den.

Dokumen yang den hendak bawa ke unit baru.

Dokumen yang hendak dilupuskan.

Dokumen peribadi lagi.

Dengan barang-barang peribadi - kebanyakannya buku-buku den la😅.

Minions dua orang ni kena la bantu kemas buku-buku den yang berenyut tu. Depa mengemas sambil membebel 'Mummy...jangan beli buku lagi...buku mummy yang belum baca banyak gila😅'

Memang sakan mengemasnya.

Semasa mengemas baru la den tau mesin shredder ofis udah rosak sejak 3 bulan lepas.

Haish.

Dokumen yang diserahkan kepada pegawai yang akan mengambilalih unit den 

Rasanya ada dekat 2 minggu baru habis mengemas😅.

Ini baru cerita mengemas bilik sedia ada untuk berpindah.

Belum kisah mengemas bilik yang den akan pindah masuk😅.

Selamat tinggal pemandangan Masjid Shah Alam.

Doakan den lebih berbahagia di bilik baru ye walaupun skop kerjanya bisa mengundang rasukan abalasa😅.

 

Semoga hari kita sokmo yang baik-baik ye.

 

0 Comments