Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua?

Hampir 2 minggu den tidak sempat hendak blogwalking.

Pulun menghabiskan kerja-kerja yang patut diselesaikan sebelum handover baton kepada pegawai yang akan mengetuai unit den sekarang.

Sambil pulun mengemas barang-barang di dalam bilik yang den telah duduk hampir 9 tahun.

 

Anak-anak buah den seramai 8 orang belanja den farewell lunch di Kenny Hills Baker Elmina.

Depa yang pilih tempat ni.

Den ikutkan aje.

Ada rasa makan di Kenny Hills. Den first time makan sini.
Saying goodbye is never easy kan. Team PWSB yang meraikan den berpindah ke unit baru.

Agak sayu sayat hati team lunch kali terakhir🥲.

Kali terakhir makan bersama.

Kali terakhir bergossip sekupang dua bersama.

Ambil gambar video bagai.

Alhamdulillah deme hadiahkan den buku Plants of the Quran yang den memang nak sangat-sangat.

Dapat pasukan yang boleh bekerjasama dengan molek bersama adalah satu rezeki.

Kena piat telinga sekali sekali itu lumrah bekerja😅.

Macam-macam kami lalui bersama.

Buat kerja-kerja yang kami udah jangkakan akan mengundang pelbagai pertanyaan daripada jabatan audit😅.

Menguruskan seminar yang melibatkan peserta dari negara-negara di Asia Tenggara sampai kepala weng sebab 4 hari tidak cukup tidur.

Menguruskan lawatan teknikal yang melibatkan pegawai-pegawai kanan jabatan.

Lawatan tapak aneka cerita siap ada pengusaha hendak bagi angpow bagai😅. Jenuh la kita ni explain kenapa tidak perlu bagi imbuhan/rasuah😅.

Deme rajin melayan den cari tempat makan sedap setiap kali lawatan tapak😅.

Sama-sama menadah telinga apabila boss besar dalam fasa rasukan abalasa😅.

Apa yang penting kerjasama bak kata Teletubbies.

 

Selama 8 tahun 6 bulan di unit ini, den telah bekerja dengan 20 orang anak buah yang silih berganti.

Ada yang bertukar ke unit lain.

Ekspidisi Sungai Chilling. Semua udah bertukar ke unit lain. Yang kanan tuh udah kerja di tempat lain. Den sorang kekal di PWSB.
Penutup program melibatkan peserta dari negara-negara Asia Tenggara. Urusetia muka barai habis ni semasa bergambar di River of Life (ROL) KL. Ni pun semua udah bertukar ke unit lain. Yang hujung kiri udah kerja tempat lain. Den sorang kekal di PWSB.

Udah macam hendak buat kulit album ye. Lawatan teknikal ke Miri. Di hadapan Majlis Bandaraya Miri. Hanya tinggal den dan seorang anak buah di PWSB. Lagi 2 orang berpindah unit. Hujung kanan pindah kerja baru
Semua pindah unit. Tinggal den sorang di PWSB

Ada yang berhenti kerja dari pejabat terus kerana dapat peluang kerjaya yang lebih baik di tempat lain.

Mereka yang telah keluar dari pejabat ada yang masih menghubungi den sekali sekala.

Kadang-kadang deme whatsapp ‘boss…saya ada dekat Shah Alam ni. Boss free ke nak minum😅?’

Anak-anak ikan yang masih contact den walaupun telah pindah tempat kerja. Sorang jadi boss di Perak. Sorang jadi orang penting di syarikat swasta

Setiap kali ada anak buah yang akan bertukar, unit kami memang akan buat farewell lunch untuk meraikan deme.

Cuma kali ini deme buat farewell lunch untuk meraikan den.

Ada syahdu sedikit di situ untuk den.

Biasalah acik-acik hendak masuk alam menopause ni dia punya perasaan tu lain macam sedikit.

Lagi-lagi den nih memang sejenis spesies yang omputih kata have deep feeling😅.

Ah gittew.

Den bagi ucapan pun sempoi nak mati.

Kalau bagi ucapan dari lubuk hati yang paling dalam, pastinya akan ada drama ayag mata di situ😅.

 

Semoga pasukan yang den tinggalkan akan terus mendonia di bawah kepimpinan boss baru.

Semoga den juga dapat beradaptasi di unit baru😅.

Den akan bertugas bersama-sama dengan 17 orang anak buah baru.

Separuh daripadanya Gen Z.

Semoga den tidak menjadi raksasa gorgon di unit baru hendaknya ye😅.

Kalau agak-agak too much too handle, den MC aje la nanti😅.

Dasar penjawat awam tipikal😅.

Semoga kami sama-sama dapat melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan sebaiknya.

 

Terima kasih kepada mereka yang sudi singgah ke blog den.

In sya Allah den cuba singgah blog kome nanti ye.

Jaga diri semua.

 

 







0 Comments