Udah 3/4 penuh bekas ni dengan biji saga yang den kutip di luar Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya
Mula berzumba setelah berkurun tidak bersenam. Memang la meminta nyawa. Entah bila hendak berzumba lagi tak tau la hahahhaa
Akhirnya jumpa apom lenggang yang kena dengan tekak den di Puchong. Walaupun tidak dapat menandingi rasa apom lenggang di Pasar Awam Seberang Jaya kira boleh la untuk melepas rindu bila teringin hendak makan.
Makan cencaru lejen di Petaling Jaya selepas balik dari mesyuarat
Roti sarang burung di medan selera Selayang ni okay cuma den berkenan lagi yang dekat Restoran Lepaq Shah Alam
Suka la tengok bunga kantan molek macam ni

Sementara dia masih sudi baring di atas peha mama, mama layankan je walaupun berat sudah kepalanya bikin kaki mama lenguh
First time makan untuk tahun 2025. Dodo Korea di Nu Sentral. Kimchi dekat sini den boleh makan. Perit cukanya kurang terasa. 1 set ni RM17
Suka sangat lanyard card holder ni. Dipadankan dengan tali Harry Potter yang den udah lama ado
Kalau money plant ni pun mampuih, den bersara je la daripada arena menanam pokok yang sekupang dua tu

14 Comments

  1. lama dah tak nampak biji saga tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la macam jarang jumpa lagi-lagi bila duduk dekat bandar

      Delete
  2. Apom lenggang... Nak nya kalau dekat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kan apom lenggang. Favourite sangat ni

      Delete
  3. skrg ni musim bunga kantan gamaknya. dulu masa luar musim mahunya rm5 sekuntum. skrg ni sampai layu pun x laku kat pasar tu. rasakan lu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahalnya RM5 sekuntum...dah macam harga bunga ros

      Delete
  4. Dulu masa duduk di KL dan selalu BW di Tasik Permaisuri suka juga kutip hiji saga masuk botol. Tp masa pepindah dulu ammi lempaq je sbb ehhh byk benda lagi nak kene pack

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehhehe dia pi lempaq ye😂Suka warna biji saga sebab merah dia molek sungguh

      Delete
  5. Saya dah lama tak jumpa biji saga tu.
    Wah, seronoknya, berzumba. Banyak kalori terbakor. 💪
    Nanti nak cari apom lenggang juga kat sini. Lama tak pekena.
    Sekilas tengok bunga kantan tu, udah rupa bunga tulips pun ada.
    Bahagianya, anak tidor atas riba kita. 🥰
    Itu pokok money plant yang dari ofis tu ke, udah transfer ke pasu di rumah? Semoga tumbuh subur ye.

    ReplyDelete
  6. Menggamit memori betul tgok biji buah saga tu. Dulu masa sekolah selalu nampak biji tu kat rumput. Kumpul tu nanti buat apa?

    Hehe saya dh tua2 ni pun masih baring atas perut mak jugak kadang2 😜

    Dodo korean tu masih beratur panjang lagi ke sekarang? Masa awal2 dia viral tu manjang penuh kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saja simpan biji saga tu buat mengenang kisah zaman kecil. Masih beratur panjang di Dodo Korea tu😅

      Delete
  7. Money plant tuh memang ditanam di balkoni. Yang dekat ofis masih hidup setakat ni😅Ha betul la kata Tot bunga kantan macam bunga tulips. Nanti share ye lokasi apom lenggang yang ditemui.

    ReplyDelete
  8. Ehhh biji saga. Rindu pulak nak main buah saga tu. Mesti pokok dia besar sekarang kan. Susah nak nampak pokok ni dah. Akak simpan lepas tu buat main ke camne? Oo namanya apom lenggang ye. Nama-nama kuih ni kadang failed. Money plant tu tahan lasak kak, senang jaga. Saya tanam guna medium leca ball je untuk hiasan dalam rumah. Macm hidroponik tu. 3 minggu sekali baru topup airnya. Kalau di luar tu tak siram seminggu pun dia masih bertahan hidup lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat ni biji saga simpan dalam botol buat jadi pemberat untuk tindih kertas😅Ha money plant tuh paling senang nak tanam kan. Biarkan je pun elok dia menjalar sana sini😅

      Delete