Wordless Wednesday 23/2025
![]() |
Udah 3/4 penuh bekas ni dengan biji saga yang den kutip di luar Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya |
![]() |
Mula berzumba setelah berkurun tidak bersenam. Memang la meminta nyawa. Entah bila hendak berzumba lagi tak tau la hahahhaa |
![]() |
Makan cencaru lejen di Petaling Jaya selepas balik dari mesyuarat |
![]() |
Roti sarang burung di medan selera Selayang ni okay cuma den berkenan lagi yang dekat Restoran Lepaq Shah Alam |
![]() |
Suka la tengok bunga kantan molek macam ni |
![]() |
Sementara dia masih sudi baring di atas peha mama, mama layankan je walaupun berat sudah kepalanya bikin kaki mama lenguh |
![]() |
First time makan untuk tahun 2025. Dodo Korea di Nu Sentral. Kimchi dekat sini den boleh makan. Perit cukanya kurang terasa. 1 set ni RM17 |
![]() |
Suka sangat lanyard card holder ni. Dipadankan dengan tali Harry Potter yang den udah lama ado |
![]() |
Kalau money plant ni pun mampuih, den bersara je la daripada arena menanam pokok yang sekupang dua tu |
14 Comments
lama dah tak nampak biji saga tu...
ReplyDeleteItu la macam jarang jumpa lagi-lagi bila duduk dekat bandar
DeleteApom lenggang... Nak nya kalau dekat.
ReplyDeleteSedap kan apom lenggang. Favourite sangat ni
Deleteskrg ni musim bunga kantan gamaknya. dulu masa luar musim mahunya rm5 sekuntum. skrg ni sampai layu pun x laku kat pasar tu. rasakan lu!
ReplyDeleteMahalnya RM5 sekuntum...dah macam harga bunga ros
DeleteDulu masa duduk di KL dan selalu BW di Tasik Permaisuri suka juga kutip hiji saga masuk botol. Tp masa pepindah dulu ammi lempaq je sbb ehhh byk benda lagi nak kene pack
ReplyDeleteHehehehhehe dia pi lempaq ye😂Suka warna biji saga sebab merah dia molek sungguh
DeleteSaya dah lama tak jumpa biji saga tu.
ReplyDeleteWah, seronoknya, berzumba. Banyak kalori terbakor. 💪
Nanti nak cari apom lenggang juga kat sini. Lama tak pekena.
Sekilas tengok bunga kantan tu, udah rupa bunga tulips pun ada.
Bahagianya, anak tidor atas riba kita. 🥰
Itu pokok money plant yang dari ofis tu ke, udah transfer ke pasu di rumah? Semoga tumbuh subur ye.
Menggamit memori betul tgok biji buah saga tu. Dulu masa sekolah selalu nampak biji tu kat rumput. Kumpul tu nanti buat apa?
ReplyDeleteHehe saya dh tua2 ni pun masih baring atas perut mak jugak kadang2 😜
Dodo korean tu masih beratur panjang lagi ke sekarang? Masa awal2 dia viral tu manjang penuh kan
Saja simpan biji saga tu buat mengenang kisah zaman kecil. Masih beratur panjang di Dodo Korea tu😅
DeleteMoney plant tuh memang ditanam di balkoni. Yang dekat ofis masih hidup setakat ni😅Ha betul la kata Tot bunga kantan macam bunga tulips. Nanti share ye lokasi apom lenggang yang ditemui.
ReplyDeleteEhhh biji saga. Rindu pulak nak main buah saga tu. Mesti pokok dia besar sekarang kan. Susah nak nampak pokok ni dah. Akak simpan lepas tu buat main ke camne? Oo namanya apom lenggang ye. Nama-nama kuih ni kadang failed. Money plant tu tahan lasak kak, senang jaga. Saya tanam guna medium leca ball je untuk hiasan dalam rumah. Macm hidroponik tu. 3 minggu sekali baru topup airnya. Kalau di luar tu tak siram seminggu pun dia masih bertahan hidup lagi.
ReplyDeleteSetakat ni biji saga simpan dalam botol buat jadi pemberat untuk tindih kertas😅Ha money plant tuh paling senang nak tanam kan. Biarkan je pun elok dia menjalar sana sini😅
Delete