5 KDrama Ringan dan Manis Sesuai Ditonton Apabila Hari Hujan Atau Pada Hari Yang Terasa Berat Bahagian 1
Amboi tajuk mengundang sangat kan😅?
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua?
Harapnya semua sihat walafiat.
Kadang-kadang ada hari dalam hidup kita macam terpleot sangat.
Kadang-kadang kita perlu tengok cerita yang santai, ringan dan kalau bisa bikin kita gelak memang bonus.
Sudah pasti KDrama yang happy ending.
Walaupun hidup sememangnya bukan kayak drakor (drama Korea).
Tapi enggak apa-apa ya.
Kita bikin happy sedikit hidup kita di celah keributan kehidupan seharian ye.
Den tak tengok semula KDramanya secara penuh sebab den dah pernah tengok semua KDramanya ni.
Den cuma pilih scenes yang manis-manis begitu.
Den tengok scenes yang mengundang gelak ketawa je.
Jadinya den hendak kongsikan 5 KDrama yang bisa bikin kita tersenyum walaupun ada kalanya jalan ceritanya agak sedikit cliché.
1. Diary of A Prosecutor (2019 - 2020) 16 Episod
Drama komedi kehidupan harian pendakwaraya.
KDrama paling meriah dengan scenes makan-makan bersama rakan sekerja.
Sejenis drama yang memang akan buat kita terkesima seawal 5 minit episod pertama di mana ketua jabatan pendakwaraya (Chief Kim In Joo) dan pendakwaraya (Lee Seon-woong) menceroboh kawasan larangan tentera untuk memancing😅.
Bergaduh dengan rakan sekerja sampai tarik-tarik rambut.
Masalahnya yang tarik rambut tuh 2 orang boss lelaki😅.
Memang bengong drama ni😅.
Boleh baca review penuh den di sini.
https://www.dinohauz.com/2023/09/kdrama-review-diary-of-prosecutor-2019.html
KDrama yang den tengok bila rindu dekat the late Lee Sun-kyun.
2. Weightlifting Kim Bok-joo (2016-2017) 16 Episod
KDrama yang membawa kita mengenang zaman remaja yang sebenarnya penuh dengan trial dan error.
Kisah persahabatan.
Kisah cinta remaja.
Kisah perjuangan atlet berlatih saban hari sebelum menyertai pertandingan.
Memang penuh gelak ketawa.
SWAG!!!!
Boleh baca review penuh den di sini.
https://www.dinohauz.com/2025/01/kdrama-review-weightlifting-kim-bok-joo.html
3. Knight Flower (2024) 12 Episod
Hero dan heroine hendak menegakkan kebenaran dengan cara masing-masing.
Heroin seorang balu, ala-ala acah Robin Hood membantu rakyat jelata dalam kesusahan di malam hari.
Yang hero pula si Kapten Park Soo-ho, seorang pegawai kerajaan yang tegas dan ikut buku tak berkenan dengan cara heroin.
Memang asyik bertekak je la kerojenya.
Boleh baca ulasan penuh den dekat sini ye.
https://www.dinohauz.com/2024/02/kdrama-review-knight-flower.html
4. When The Camellia Blooms 2019 (40 episod. Setiap episode setengah jam)
Kisah cinta seorang anggota polis dengan seorang ibu tunggal.
Tapi tidak cliché sebab watak sampingannya tuh yang meriah.
Dengan penduduk kampungnya yang kepochi tapi baik hati.
Dengan ketua balai yang sempoi.
Yang mahalnya cerita ni sebab Kang Ha-neul and his megawatt smile.
Den memang minat teruk dengan mamat ni.
Maka izinkanlah ye😅.
Boleh baca review penuh den di sini.
https://www.dinohauz.com/2020/06/kdrama-review-when-camellia-blooms.html?m=1
5. Business Proposal (2022) 12 Episod
Ini memang cliché habis love story nya.
Chaebol buat cinta kontrak dengan rakyat marhaein begitu.
Tetapi yang buat ianya molek untuk ditengok adalah sebab banyak scenes kelakar.
Lagi-lagi masa 3,4 episod pertama.
Scene Samantha dan Rachel memang win habis😅.
Second couple pun happening.
Biasanya den akan tengok sampai episod 8 sampai deme mula bercinta.
Sebab lepas tuh cliché nya bikin meluat😅.
Ada banyak lagi KDrama yang manis-manis untuk menceriakan hidup kita yang ada pelbagai drama juga😅.
In sya Allah den akan kongsikan lagi cerita-cerita yang den berkenan lagi nanti ye.
Till then selamat menonton.
0 Comments