Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua?

Harap semuanya sihat walafiat.

Den MC 2 hari.

Hari ini dan esok.

Penangan kerja di unit baru agaknya😅.

Tapi cuaca sekarang pun boleh tahan panas lit-litnya.

Pokok den banyak yang telah mati.

Haish.

 

Kerja

Sejak bertugas di unit baru pada 3 Jun lepas, memang agak caca merba kisah kerjanya.

Mungkin masih belum berjumpa rentak.

Terlalu banyak yang perlu den belajar.

Terlalu banyak perkara yang perlu ditambahbaik dan diperbetulkan.

Beberapa orang kawan den kata ‘kadang-kadang memang ada orang terpilih untuk membetulkan apa yang patut walaupun jalannya berliku dan penuh onak berduri’.

Padahal kitanya tidak mahu jadi insan terpilih pun.

Rancangan kita adalah hendak bekerja dengan tenang dan santai.

Tetapi takdirnya begitu berbeza sekali.

Mahu tidak mahu kenalah kita memujuk hati berdamai dengan takdir ye.

Dalam masa yang sama berharap supaya tidak menjadi raksasa gorgon😅.

 

River Flows in You oleh Yiruma

Ada satu iklan pasal konsert orkestra di KLCC.

Banyak kali lalu lalang di Facebook den.

Den memang pernah berangan hendak tengok konsert orkestra.

Tidak pernah kesampaian kerana harga tiket boleh tahan buat rabak poket ye😅.

Bila den dengar beberapa kali alunan piano dalam iklan tu, udah jatuh cinta.

Dalam dok fikir adakah wajar hendak pecah tabung ayam membeli tiket paling murah.

Tengok pula jadual kerja yang padat tidak boleh cuti.

Konsertnya 8 malam di Kuala Lumpur haruslah den kena tidur hotel bajet dan ambil cuti esoknya.

Dalam dok berkira itu ini, udah tiket paling murah habis.

Tragis tak😅?

 

Tapi den tetap gembira sebab dapat tahu tentang alunan piano oleh Yiruma.

Den paling berkenan dooh dengan alunan piano River Flows in You.

Alunan piano oleh Yiruma ni den ulang dengar semasa bekerja di pejabat dan membantu den supaya tidak ditimpa rasukan abalasa😅.

Den kongsikan dekat sini ye videonya.

Ada alunan piano untuk tiga tajuk berbeza dalam video ni.

May Be + Kiss The Rain + River Flows In You.

River Flows in You bermula pada detik 6.39.

Mendengar alunan piano oleh Yiruma ni mengingatkan den kepada sebuah buku yang den baca tahun 2024.

Honeybees and Distance Thunders by Riku Onda.

Buku yang membawa kisah 4 watak utama yang merupakan pemain piano di dalam pertandingan piano antarabangsa.

Antara buku yang awesome teruk den pernah baca.

 

Den dari dulu admire orang yang boleh bermain piano sebab lemah gemalai jari jemari deme menghasilkan lantunan muzik yang mengasyikkan.

Ayat gomen sudah keluar ye😅.

 

Banyak lagi hendak dicoretkan di sini tetapi itulah ye.

In sya Allah den bercerita lagi di kesempatan lain ye.

In sya Allah den usahakan nanti blogwalking nanti ye.

Jaga diri ye semua.

Minum air kosong secukupnya.

Jangan lupa bawa payung juga ye.

Semoga Allah kurniakan rahmat dari sisiNya kepada kita semua.

Semoga baki 14 hari di bulan Jun akan membawa banyak kebahagiaan kepada kita semua.

 

14 Comments

  1. Semoga dipermudahkan urusan kerja dan tidak menjadi raksasa gorgon. Sedap bunyi piano. Memang menenangkan. Semoga ada rejeki satu hari untuk tengok orkestra. Dulu masa zaman saya kerja, selalu lepak depan KLCC tu, ada hari tengok orang pergi orkestra kat philharmonik tu, lawa-lawa dress dan baju deme pakai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha deme ada dress code tersendiri kan? Ala-ala black tie ke apa macam tu

      Delete
  2. Oooo... kat Philharmonic tu eh? Uncle pernah juga merasa tengok... Memang berbaloi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la Uncle. Lama teringin hendak tengok orkestra sebenarnya. Belum ada rezeki nampaknya ye

      Delete
  3. wak pun x pnh tgk koncert klcc tuh., huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayuh kita menabung Wak semoga satu hari ada rezeki kita tengok konsert orkestra

      Delete
  4. Takat ni dalam 40++ anak buah baru ada sorang je yg boleh main piano itupun sbb papanya kata nak divert “autisme” anaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak-anak autisme ada kecerdikan dan keistimewaan tersendiri kan? Mesti molek dia main piano

      Delete
  5. Saya pun tk pernah pergi tengok konsert okestra macamni. Selalu tengok drama, yg pergi konsert gini selalu golongan high class datin2 kaya gitu hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaa betul tuh. Tengok dress code dia pun ala-ala black tie

      Delete
  6. Moga cepat sembuh KSarie dan dipermudah kan semua urusan nya. Take care tau.

    ReplyDelete
  7. Bulan Jun ni banyak keraian family kami hehe.

    ReplyDelete