Wordless Wednesday 21/2025
![]() |
Dulu makcik dekat kampung rajin buat patch blanket ni. Sejuk je selimut macam ni. Menyesal pula tak minta dia buatkan sehelai semasa dia masih sihat. |
![]() |
Tak sangka terjumpa pokok lada hitam |
![]() |
Tersalah pilih buku untuk dibaca dalam train. Cerita berat la pulanya huhuhuhu. Keciwa |
![]() |
Sekejap je anak kedondang bertuah ni besar. Umur 11 tahun udah muat kasut mama. |
![]() |
Kecewa la dengan smart watch RM20 ni. Data yang direkodkan tidak tepat. Langsung terbantut plan hendak bersenam. Eceh. Sebenarnya den yang malas huhuhu. |
![]() |
Bila konco-konco adalah peminat nasi ayam penyet. Den layankan je aktiviti menambah kalori ni |
![]() |
First time jumpa buah rambai yang telah dikopek macam ni |
![]() |
Sudah 10 tahun usia wrist wallet ni. Den sayang sebab hadiah daripada Shige-san yang sanggup datang ke Shah Alam untuk bagi pada den sedangkan dia ada kursus di Kuala Lumpur. |
![]() |
Rezeki ada kucing ni sudi temankan den jalan-jalan di tepi pantai |
![]() |
Pemandangan tepi pantai tak pernah tak cantik kan |
12 Comments
arwah makcik ammi (dia oku) pun suka buat patch blanket. dia jahit tangan je kak sari. penah sekali mama marah dia sebab dia ambil kain baju kurung kami (dahlah baju kurung tak banyak), pastu dia gunting2 buat jadikan selimut. katanya "aku tengok anak wedhok eh pakai seluar selalu"... hahahha
ReplyDeleteHahahahaha comel je justifikasinya
DeleteGambar last macam dekat Teluk Senangin.
ReplyDeleteSimbol pada smart watch tu macam buat jump rope je. Lamanya, sampai 1 jam lebih.
Susah nak buat patch blanket tu. Ambil masa lama.
Ha...pantai memang molek kan. Smart watch murah tuh takde pula untuk sport menari ke zumba. Itu yang main taram je bubuh jump rope😅
Deletewaahhh cantik sgt patch blanket tu!
ReplyDeleteKannnn lawa
DeletePatch blanket tu cantiknya. Mak ada buat dulu tapi tak tau ke mana. Dulu buat patchwork sebelum pregnant, saiz comforter single bed. Tersadai tak diselesaikan nak letak foam atau apa nya. Hehe.
ReplyDeleteMacam dah tak jumpa patch blanket macam tuh sekarang. Boleh sambung buat patch blanket tu ye
Deletesemua gambar yg dikongsi memiliki nilai aestetik gitew!
ReplyDelete😊😊😊😊
DeleteSelimut tampung seribu itu selalu arwah nenek saya buatkan. Kadang2 boleh dijual kepada sedara terdekat. Betul2 menggamit memori
ReplyDeleteOoo baru tau nama patch blanket ni selimut tampung seribu😊
Delete