Tempat Mengopi Perak 2025 Cafe Ctrl+ C Parit Buntar, Perak
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua?
Den bahagia sebab cuti hujung minggu😅.
Bida dan rasa kegembiraan bila hari cuti berpisah tiada.
Hari biasa pun gembira juga.
Tetapi cuti hujung minggu membawa kegembiraan berganda begitu.
Eceh😅.
Masih di dalam misi makan di pelbagai tempat di Perak.
Konon-kononnya sempena Tahun Melawat Perak 2025.
Tapi lebih kepada den memang suka merayap di sana sini.
Sepatutnya cuti hujung minggu berehat la dekat rumah kan.
Ini sakan ke hulu ke hilir.
Lepas tu hari Isnin penat Monday blues segala ye😅.
![]() |
Menara Jam Besar Parit Buntar. Kalo kome tak sampai sini, tak lengkap pengembaraan ke Parit Buntar begitu |
Asalnya den hendak mengopi di sebuah cafe lain di Parit Buntar ni.
Alih-alih udah 3,4 kali membuat pusingan tidak ketemu café nya.
Samada café nya udah bungkus.
Atau mata den kero.
Makanya ayuhlah kita ke singgah ke café apa yang terjumpa + ada tempat letak kereta kosong berdekatan.
Begitu aje ciri-ciri café pilihan kami😅.
![]() |
Jemput masuk katanya |
Nampak molek pula Cafe Ctrl + C.
Mungkin pemiliknya adalah programmer komputer ke apa ye dinamakan cafenya begitu.
A very cozy café.
Comel tetapi welcoming begitu.
Maka ayuhlah kita.
Pilihan Menu
Lupa pula hendak tengok semua menu yang ada di kedai ini.
Tetapi secara umumnya café ini menjual makanan barat.
Ada vibes ayat gomen di situ ye😅.
Ada smoked duck fusion pasta.
Ada scones, tiramisu, burnt cheese cake, brownies, dsb.
![]() |
Dia suruh singgah lagi satu hari nanti untuk makan scones pula |
Apa Kami Makan
Kami hanya mengopi secara ringan di café ini.
Sebab masing-masing sebenarnya baru selesai makan nasi.
Asbab mengopi ni pun sebab deme melayankan den yang asyik mengunyah aje kerojenya😅.
![]() |
Eh macam molek pula kejadian gambar ni |
Kami makan brownies dan burnt cheese cake.
Minum caramel machiato dan teh eight secrets.
Sedang elok rasanya.
Tidak terlalu manis dan tidak memuakkan.
Kecewa scones udah habis.
Kena la ulang datang ke sini ye😅.
Teh didatangkan dalam set teko dan cawan Cina/Jepun yang comel.
Langsung terberangan hendak mempunyai set begitu satu hari nanti😅.
Rasa teh eight secrets ni ringan.
Tidak terperasan den minum habis seteko sorang😅.
Sebut eight secrets ni tidak tahu kenapa den terbayang naga kepala lapan.
Bida dan kuban-kuban berpisah tiada begitu.
Kami berempat beranak ini memang tekak kampung.
Padahal pesan satu caramel machiato sahaja tetapi tetap tidak berjaya dihabiskan walaupun berkongsi 4 orang.
Seeloknya kekal minum teh o ais, kopi o, teh tarik dan air kosong aje la kami ni.
Paling kuat minum air tembikai.
Harga makanan dan minumannya in sya Allah mampu milik.
Persekitaran
Café tertutup.
Hiasan dan vibes memang santai habis.
Kalau kome yang suka bergambar ada je ruang OOTD yang menarik.
Seperti biasa tiada siapa sudi melayan den bergambar.
Keciwa😅.
Ada sebuah rak buku.
Tapi den tidak sempat siasat buku apa yang ada.
Salah satu alasan kena datang lagi ye gamaknya😅?
Lokasi dan Waktu Operasi
Waktu operasinya Selasa - Ahad dari 11 pagi ke 8 malam.
Hari Rabu deme tutup ye.
Kome boleh jenguk di Instagram deme https://www.instagram.com/ctrl.c.my
Jadinya kalau kome ke Parit Buntar, boleh singgah makan di café ini ye.
Den in sya Allah akan singgah lagi satu hari nanti sebab hendak makan scones😅.
16 Comments
alahai, comel je cawan nya....sedap sedap pulak tu desert
ReplyDeleteHa comel benar. Tak cukup seteko😅
DeleteBoleh lah cuba datang... Tp, selalu nya bila balik kampung memang tak sempat... Cafe2 dekat Taiping pun tak explore, asyik p kedai makan sama je... Kikiki
ReplyDeleteTaiping pun ada banyak cafe hipster yang macam best je. Tapi KSarie suka makan cendawan goreng dekat medan selera dekat Taman Tasik Taiping
DeleteMenarik juga, cafenya. Ada aircond, selesa la, kalau minum kopi paneh. Lepas baca entri ni, saya google apa makna bida dan kuban-kuban. Nampak bebenor vocabulary melayu kurang.
ReplyDeleteHehehehhe itu main taram je perkataannya. Entah ada ke idok dalam DBP perkataan tu
DeleteHujung minggu jelah masa utk kita menyongkit sana sini. Masuk je petang ahad murung bila memiikirkan isnin kena kerja haha
ReplyDeleteComel je cafe ni. Bolehla buat lepak2 sembang kopi kalau tknak makan berat kan
Ha betul sangat asal Ahad petang udah kemurungan mengenang esoknya hari Isnin kena kerja😅
DeleteHaha ni memang kelakar. Plan asal nak mengopi je, tapi cerita dia penuh gaya macam episod travelog! 😂 Café Ctrl+C tu nampak comel betul, nama pun win. siap boleh copy paste ke kenangan indah Parit Buntar. Tapi paling takleh blah, teh seteko habis sorang-sorang tu power betul! Nanti jangan lupa update kalau berjaya ‘bertemu scones yang hilang’ ya 😄🍰
ReplyDeleteBegitula acik yang tua ni. Asal nak bercerita banyak naw pusing sana sininya😅
DeleteTulisan harga tu diorang tulis pakai handwriting atas kaca showcase tu ke? Kreatif nya!
ReplyDeleteHaah deme tulis atas kaca tuh je. Simple yet creative kan
DeleteAduii tengok dessert tu, malam2 ni...........
ReplyDeleteHehehehe😋😋😋
DeleteWah, sedap-sedap semuanya.
ReplyDeleteHarapnya tidaklah bermonday blues hihihiiii!
Selalunya begitulah ada Monday blues😅
Delete