Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua?

Kembali kita ke segmen kehidupan yang paling den minati.

Iaitu sesi makan-makan tanpa menghiraukan bebelan doktor😅.

Lepas itu di malam hari sebelum tidur menyesal kenapa tidak makan secara berpada-pada😅.

Tetapi bak kata filem lakonan arwah Jins Shamsuddin, Esok Masih Ada😅.

 

Seperti biasa den ni asal jejak je kaki keluar rumah mesti hendak makan ke mengopi ke.

Kedai mamak pun bisa begitu😅.

Jadi sempena Tahun Melawat Perak 2025, ayuh kita jengah café di negeri yang dikatakan tersimpannya Keris Taming Sari.

 

Tanjung Malim yang comel itu sebenarnya mempunyai banyak café hipster.

Cumanya perut kita manusia ni setakat mana je la boleh makan sekali harung ye.

Lepas itu faktor ongkos juga perlu diambilkira.

Sebab harga di café hipster biasanya bukan kaleng-kaleng.

Bisa bikin dompetnya bocor begitu😅.

D' Sudut Coffee di Tanjung Malim ni comel sangat.

Rasanya dalam satu-satu masa boleh muat dalam 20 orang sahaja.

Molek buat bersantai.

 

Pilihan Menu

Bukan café dia je yang comel.

Buku menu pun comel dan manis aje.

Suka den tengok buku menunya.


Walaupun di logonya dikatakan kopi, pastri dan sandwich.

Usah dirisau jangan bagi kita yang perut orang Malaysia ni.

Sebab ada nasi lemak daun pisang juga.

Kerepek pisang pun ado.

 

Ada banyak pilihan pastries.

Croissant, scones, puff, chocolate rolls, pai, donut, pizza, dsb.

Pilihan minuman selain kopi hipster yang hendak menyebutnya pun tergeliat lidah.

Ada je teh o, kopi o dan teh tarik.

Ada breakfast menu set dari 8.30 pagi hingga 11.30 pagi.

Aneka jenis mee termasuk mee kicap ada dari 12 tengahari hingga 6 petang.

Jadinya in sya Allah semua peringkat umur sesuai mengopi di sini ye.

Boleh tengok senarai menu lengkap di https://misirakyat.com/order/evxmqk

 

Apa Kami Makan

Disebabkan kami datang waktu pagi tidak dapat la kami hendak cuba mee kicap.

Kami ambil breakfast menu set.

Set nasi lemak daun pisang + teh o.

Ini den punya.

Biasa la tekak orang tua.

Begitulah ye😅.

Lepas itu haruslah makan scone yar.

Tidak pasti kenapa den berkenan dooh la dengan scone sampai hari ini.

Ambil croissant juga buat merasa.

Kami ambil hot chocolate juga.

Baru la fefeling berada di Perancis begitu ye😅.

Untuk kami, semua makanan yang kami cuba ini kami suka.

Nasi lemak daun pisangnya rasa macam nasi lemak kampung yang ada rasa.

Croissant nya lembut.

Makan dengan butter.

Suka la budak-budak ni.

Walaupun scone nya tidak bisa melawan rasa scone di Cameron Highland tetapi tetap juga sedap ye.

Hot chocolate memang ngam kalau diminum di kala hujan renyai.

Pendek kata boleh ulang lagi makan di sini sebab ada banyak lagi makanan yang belum dicuba.

 

Persekitaran

Café tema comel, bersih dan selesa.

Pekerja-pekerjanya pun berhemah.

Rezeki kami pekerjanya rajin melayan den dan kiddos yang baru belajar hendak melukis.

Siap bagi sticker bagai.

Alhamdulilah rezeki sangat.

Den cuma lukis nasi lemak.

Tak tau la kenapa rambut remaja sekarang memang jenis spesies macam tidak mandi sebulan dan tidak bersikat. Lebih serabai lebih molek gamaknya konsepnya
In sya Allah he will be 15 years old soon. Masa lahir dulu tidak menangis. Den ingatkan udah meninggal dunia. Dari dalam perut Dr cakap tulang kakinya panjang. Sikit lagi akan lebih tinggi daripada den

Terlupa anak den yang seorang ini suka melukis.

Jadinya dia la yang melukis selebihnya.

Sakan beriya mewarna bagai guna pensel warna LUNA 12 warna tuh je.

Dalam 1 jam melepak di cafe yang cozy dan welcoming ni.

 

Lokasi dan Waktu Operasi

Waktu operasinya Selasa - Ahad dari 8.30 pagi ke 6.30 petang.

Lokasinya betul-betul di tengah pekan Tanjung Malim.

 

Bersebelahan dengan Mural Tanjung Malim.

Jadinya lepas mengopi bolehlah bergambar di lukisan mural yang warna-warni ni ye.

Jadinya kalau kome ke Tanjung Malim, boleh singgah makan di café ini ye.

 

 

14 Comments

  1. menariknya kafe ni, menu dia pun nampak best. siap ada set kombo
    kalau saya berminat nk try mee sup tu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha itu la macam kena ulang ke sini sebab tak sempat makan mee kicap hari tu

      Delete
  2. menarik dan saya macam nak cuba makanan yang ala-ala Perancis tu..

    sekali sekala boleh kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha kalau selalu makan takut muak dan rabak poket😅

      Delete
  3. Dah lama tak datang Tanjung Malim, rasanya last tahun 2007 waktu tu. Sanggup datang ke sana semata-mata nak tengok UPSI. Datang ke sana sebab kecewa tak dapat masuk UPSI, dapat sambung belajar kat Sintok UUM tapi alhamdulillah walau tak dapat pilihan pertama UPSI tapi still dapat kos pendidikan di UUM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah memang sudah ditakdirkan di line pendidikan ye walaupun universitinya berbeza

      Delete
  4. Sedap2 nya semua menu especially pastries tu, scones pun sama.
    Ya betul budak2 sekarang memang macam tu kot rambut tak heran nak sikat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita yang menengoknya rimas. Udah macam sarang burung tempua pun iya😅

      Delete
  5. Replies
    1. Molek kalau singgah. In sya Allah berbaloi

      Delete
  6. mata uncle tertarik dengan mural tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada yang pandai cari sudut mengambil gambar muralnya tentu lagi cantik tapi saya ni begitulah asal boleh tajuknya😅

      Delete
  7. Best tu, dapat mengopi sambal makan scones. Tergelak baca tentang fesyen rambut budak-budak sekarang. Rasa macam nak tolong sikatkan pun ada. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikutkan hati nak potong gaya askar je tapi katanya cikgu tak bagi potong terlalu pendek begitu. Kalau boleh pun katanya dia akan jadi bahan ejekan di sekolah

      Delete