Hello May 2025
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua?
Harapnya semua sihat walafiat.
Alhamdulillah den makin sihat walaupun ngeri banyak baju yang tidak muat😅.
Penangan jamuan Aidilfitri di sana sini😅.
April 2025 blog ini terbiar sepi sebab tuan tanah kedaungnya terpleot😅.
Kadang-kadang udah taip tajuk.
Tetapi sampai satu hari suntuk tiada sebaris ayat pun yang dapat ditulis.
Rugi je bayar Neflix sebab satu cerita pun tidak tengok pada April lepas.
Membaca pun agak ke laut dalam.
Ada sebuah buku ni sampai lebam la den heret ke hulu ke hilir masih tidak habis dibaca.
![]() |
Jenuh hendak menghabiskan buku 367 mukasurat ni. Dekat 1 bulan membacanya. |
Padahal buku fiksyen.
Bukan buku ilmiah pun.
Cuma jalan cerita bukunya ala-ala series of unfortunate events seperti karya Lemony Snicket.
Yang membaca pula tengah merangkak berdamai dengan takdir.
Memang terpleot la kesudahannya😅.
Apa program kome bulan Mei ni?
Harapannya Mei 2025 lebih molek hendaknya kepada semua.
1 Mei sahaja sudah mengundang bahagia sebab Hari Buruh jatuh hari Khamis.
12 Mei cuti hari Wesak pula.
Gembira sebab cuti😅.
Dasar sangat ye😅.
Mei 2025 merupakan bulan terakhir den bertugas di unit sekarang.
Selepas 8 tahun 6 bulan bertugas di unit ini, den telah diarahkan untuk bertugas di unit lain.
Jadinya bab keroje memang agak sibuk di bulan Mei.
Hendak pastikan semua kerja yang patut dimuktamadkan dapat diselesaikan.
Ada 2 kajian kelip-kelip yang den harapkan dapat diselesaikan terma rujukannya.
Ada 10 projek pemuliharaan kualiti sungai yang masih belum kick off.
Ada beberapa lawatan tapak yang den kena turun.
Kena berurusan dengan agensi luar untuk tukar PIC bagi beberapa program/projek, dsb.
Banyaknya la checklist yang perlu diselesaikan😅.
Itu belum cerita bab mesyuarat, seminar bagai.
Bertabah aje la ye.
Di samping hendak siapkan kerja berjujuk.
Kena mula packing barang, dokumen, dsb untuk berpindah ke unit lain.
Ini lagi satu kengerian sebab dokumen dan barang berenyut kot.
Adoi la.
Minggu terakhir Mei la baru hendak mula packing rasanya.
Harapnya ada masa dan rasa hendak tengok Neflix juga.
Den baru ada peluang tengok KDrama The Haunted Palace.
Setakat 4 episod yang den tengok memang intriguing.
Walaupun dianya rom-com tapi sebab ada hantu buat cerita ni den boleh tengok.
Dia bila tersangkut dengan KDrama yang belum habis ditayangkan semua episod memang parah.
Sebab geram kena tunggu sambungan episod seterusnya minggu depan-depan😅.
Masih mencari kekuatan untuk tengok KDrama When Life Gives You Tangerines.
Penat otak cerita sedih-sedih ni.
Tengah tunggu KDrama Tastefully Yours.
Yang akan mula ditayangkan pada 12 Mei 2025.
Walaupun bukan genre den minat sebab love story.
Tapi nak cuba tengok sebab tema makanan dan heronya Kang Ha-neul.
Mamat ni punya a megawatt smile yang sweet sangat.
Akhir April lepas ofis den ada panggil Hospital Colombia untuk buat saringan kesihatan.
Doktor koba suruh turunkan 7 kg sebab BMI udah paras hidung.
Kata Doktor banyak benar lemak berselipat dalam badan den nih ha😅.
Isunya adalah den chenta pada makanan.
Lepas tuh malas pulanya hendak menguit bersenam.
Acaner tuh kan😅?
Marilah kita usahakan dengan mula mengganti puasa ye.
Haruslah juga menjenguk kasut sukan yang telah berhabuk itu😅.
Semoga Mei ini semangat membaca den kembali la hendaknya.
Ngeri tengok buku berjujuk tetapi den hanya memandang sepi deme tu.
Lama sangat reading slump takut kembali ke fasa langsung tidak membaca selama bertahun-tahun.
Cerita bab buku ni ada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) la pulanya hujung Mei 2025 ni😅.
23 Mei - 1 Jun 2025 di PWTC.
Udah la banyak buku dalam senarai yang ingin dibaca.
Adakah hasrat untuk berpuasa daripada membeli buku akan terbengkalai😅?
Ada kawan-kawan ajak jalan-jalan cari makan.
Tempting sangat kan?
Tapi itu la.
Kepala agung tidak beberapa meriah sekarang.
Ditambah pula dengan hutang piutang yang bertingket-tingket.
Makanya terpaksa la daku pendamkan hasrat begitu.
Eceh.
Semoga ada rezeki hendak berjimbaan satu hari nanti ye.
Semoga den kembali ada rasa hendak menulis di blog yang satu ini.
FB, IG dan Tik Tok udah selamat tinggal romeo.
Lama sungguh tidak update apa-apa di sana.
Ataupun adakah kena bercuti sebentar daripada semua media sosial?
Supaya dapat cari semula arah tuju hidup?
Eceh.
Den doakan Mei 2025 membawa berita gembira, kebahagiaan dan molek-molek untuk kita semua ye.
Jaga diri semua.
Selamat berhujung minggu.
0 Comments