Tinggal lebih kurang seminggu untuk tengok pemandangan ini dari bilik den. Mulai 1 Jun 2025, bilik yang kena pindah masuk tidak akan nampak Masjid Negeri lagi huhuhuhu
Rasanya den cuma letak dalam cart Shopee. Entah bila den check out. Hilang ingatan sudah. Tapi suka teruk dekat semua poskad ni. Molek teruk
Keratan batang pokok basil yang sudah mula berakar. Yeay. Moga terus tumbuh dengan molek.

Konco-konco belanja belated birthday cake. Ada kawan-kawan yang baik pun merupakan satu rezeki kan?
Pemandangan gunung dan kabus selepas stesen Kampar dan seterusnya menghala ke KL Sental. Selalu tidak dapat tidur dalam ETS sebab den suka tengok pemandangan macam ni.
Kalau den tidak beli semua buku mesti den dah dapat beli tiket flight ke Kutub Utara kan?
Member den tapaukan maggi goreng yang dia masak untuk den dalam tupperware ni. Langsung den terasa muda hehehehhe
Banyak cafe/warung sekarang gunakan kain batik sebagai hiasan kedai deme. Den suka vibes klasik macam ni.
Sedap tetapi den tetap berkenan dooh dengan pie tie di Chicken Rice Shop
Sementara menunggu giliran hendak pesan makanan

12 Comments

  1. Assalamualaikum dan terima kasih sudi singgah blog saya.

    ReplyDelete
  2. Happy Belated Birthday KSarie. Moga sihat ceria murah rezeki selamanya. 🌸

    ReplyDelete
  3. cantik tul pemandangan dari pejabat dino. semoga beri inspirasi utk terus gigih bekerja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih AK. Nanti di bilik baru tiada pemandangan ini dah

      Delete
  4. Uncle yakin kasut tu pijak lantai... tapi pertama kali tengok macam kaki tu menongkat dinding...! Hehehehe

    ReplyDelete
  5. hahahaha...tang kalau tak beli buku boleh beli tiket ke kutub utara tu melampau tau hiperbolanya...

    paitee tu sendiri nak makan, sendiri serve diri sendiri ek

    ReplyDelete
  6. Tudia.. banyak buku, penuh satu rak.
    Comel tupperware yang dalam ada maggi goreng tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tupperware bekal anaknya dipinjamkan sebentar😅

      Delete