Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua?

Sekejap aje kan masuk bulan Mei.

Den masih dok terklik pok klik pok dok memikirkan apa yang hendak dimasukkan di dalam dokumen Nota Serah Tugas.

Macam banyaknya benda nak kena diisi😅.

 

Hidup kita ini seawal celik mata bangun tidur sudah kena buat pilihan ye.

Hendak terus bangun mandi ke hendak buat simple stretching dulu?

Hendak pergi kerja atau hendak sambung tidur dan cuti aje😅?

Udah masuk bilik air kena pilih hendak gosok gigi dulu ke mandi dulu?

 

Kalau kisah den dan bas Smart Selangor.

Kena pilih antara hendak membaca Al-Quran - membaca buku - update media social - main Candy Crush - watching KDrama - watching the FB reels because I miss Dr Spencer Reid or Gabriel Solis or Samatha Jones or Miranda Bailey.

Ini cerita pilihan dalam tempoh tak sampai 1 jam ye.

Dari semasa tunggu Bas S03 - dalam perjalanan dari rumah ke Stesen Bas Seksyen 19 Shah Alam - tunggu Bas S01 - dalam perjalanan dari Stesen Bas Seksyen 19 ke pejabat.

Ini pun udah banyak pilihan😅.

 

Bila buat kerja di pejabat, kena pilih pula antara hendak mendengar zikir - mendengar lagu - tidak perlu dengar apa-apa semasa buat kerja.

Kalau travelling pun sama, kena pilih samada hendak mendengar zikir - mendengar lagu - tidak perlu dengar apa-apa semasa dalam kenderaan atau semasa sedang membaca.

 

Daripada segi pengurusan cuti.

Kena pilih antara hendak simpan cuti rehat untuk dimasukkan dalam GCR dan dapat wang tunai bila bersara nanti.

Atau guna cuti rehat sedia ada berjimbaan ke berehat ke healing ke sebab we are living in the present dan tidak pasti sempat ke tidak cecah umur pencen ke meninggal semasa dalam perkhidmatan😅.

Antara pilihan yang menyebabkan kepala agong menyusut dengan jayanya

Berjimbaan atau simpan duit.

To take the trip or to prepare for a comfortable retirement.

To eat the delicious food that you are craving for or to watch your diet.

To sleep early or to watch another episode of KDrama.

To sleep in during the rain or to drink hot chocolate while watching the rain?

To buy something or save the money?

To cut off people from your life for good or we should hope for them to turn over a new leaf?

 

To buy the book that really makes your heart go gugu gaga or focus on finishing the ever-overflowing TBR?

To vote or not to vote?

To vote which party that you really hope to be able to make a different to Malaysia terchentah for the better quality of life.

 

Which book to read?

Which books to pack for travelling?

Should I pack just one book or 3 books?

What if I pack only one book but then the book is a mehhhh and I dont have other books to choose from?

But taking 3 books will definitely put the extra weight on the luggage.

I know I have lots of ebooks that I can choose from but I still need a good physical book so that I am content and happy.

 

Hendak basuh baju setiap 3 hari atau tunggu hari minggu?

Hendak terus bertabah hati menanam pokok walaupun asyik mati terbelingkang atau tetap berusaha terus menanam?

Hendak gosok baju atau main sauk aje baju yang tidak nampak begitu berkedut😅?

 

Banyaknya pilihan urusan duniawi ye😅?

 

Tetapi yang pastinya kita semua mahu menjadi hamba terpilih untuk:

🌸dikurniakan rahmat daripada sisi Allah setiap hari sehingga akhir hayat kita;

🌸diberi keampunan walaupun dosa seluas lautan dan setinggi langit;

🌸dilindungi daripada azab kubur;

🌸dilindungi daripada fitnah kehidupan dan kematian;

🌸dipermudahkan semua di akhirat;

🌸direzekikan memasuki syurga tanpa hisab.

 

Semoga Allah kurniakan rezeki membuat pilihan yang terbaik di dalam kehidupan kita agar bisa bahagia di dunia dan akhirat ye.

In sya Allah.

 

 

0 Comments